Jadual kursus pra perkahwinan Negeri Melaka 2015


Kursus kahwin adalah merupakan syarat mutlak yang wajib bagi sesiapa yang hendak melangsungkan perkahwinan. Setiap pasangan yang hendak berkahwin, mereka mesti mendaftar untuk mengikuti kursus kahwin terlebih dahulu. 

Pastinya tidak lengkap sesebuah perkahwinan dan memang tidak akan diluluskan oleh pejabat agama jika tiada sijil kursus kahwin. Selepas tamat kursus peserta akan diberikan sijil kursus. Kursus ini biasanya berlangsung selama dua hari setiap hujung minggu.

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Negeri adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin. Sijil kursus juga dapat diguna sampai bila-bila tanpa had masa dan anda dibolehkan untuk mengikuti kursus ini walaupun belum lagi merancang untuk berkahwin.

Berikut adalah jadual bagi kursus pra perkahwinan yang dianjurkan di Kompleks Masjid Al - Azim Melaka untuk sepanjang tahun 2015 :

 
  • Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Tanpa Temuduga
  • Penceramah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Melaka ( JAIM )dan doktor pakar kesihatan
  • Sijil dikeluarkan oleh JAIM
  • Sijil tiada had tempoh dan boleh digunakan di seluruh negeri dalam Malaysia.

Keterangan lanjut, hubungi :

MAIM Bentara Sendirian Berhad,
No.30, Jalan BPM 2,
Taman Piatu Mutiara,
75150 Melaka.

No.tel :  06 - 282 1871  |  017 210 0653




Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Jadual kursus pra perkahwinan Negeri Melaka 2015 yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Masa dan tarikh bagi kursus pra perkahwinan tahun 2015 yang dianjurkan di Kompleks Masjid Al - Azim Melaka diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top