Makan dan Minum

Asam Pedas

Asam pedas ikan pari | asam pedas ayam | asam pedas tetel | asam pedas ikan kembong

Asam Pedas Melaka memang terkenal di Malaysia. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan.

Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan pari, ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah, ikan kembong dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.

Selain dari ikan, antara variasi asam pedas yang terkenal ialah asam pedas ayam dan asam pedas tetel.

Cencalok

Cencalok Udang Geragau
Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Biasa dimakan bersama nasi putih dan ulam-ulaman seperti jering dan petai.

Nasi Lemak

Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu serta turut menjadi kegemaran bagi orang Malaysia.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur ayam rebus atau dadar, hirisan timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Gula Melaka

Gula Melaka, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula melaka tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.
Gula Melaka mempunyai pelbagai kegunaan iaitu sebagai pewarna makanan seperti kuih lompang, kuih serikaya, bubur, pengat. Ia juga dijadikan sebagai perasa iaitu Sirap Gula Melaka yang biasanya terdapat dalam "Air Batu Campur" dan di dalam Kuih Badak Berendam serta beberapa jenis makanan yang lain.

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top