Bangunan Bersejarah

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan  

(Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka)

06 284 1231


Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa serta replika Istana Kesultanan Melaka.

Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan.  Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris.  Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.


Istana Kesultanan Melaka  

(Jalan Kota, Bandar Melaka, 75200 Melaka)

06 - 282 6745

 

Istana Kesultanan Melaka menempatkan Melaka Muzium Kebudayaan dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri kita di Malaysia , Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 17 Julai 1986.Istana Kesultanan Melaka adalah replika istana Sultan Melaka yang dibina pada tahun 1984 berdasarkan kepada penjelasan yang terdapat dalam penceritaan 'Sejarah Melayu' (Malay Annals). Rekod-rekod sejarah menunjukkan butir-butir seni bina dan pembinaan Istana Melayu semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah 1456-1477 . 

Ia merupakan bangunan replika yang dibina daripada hanya dua jenis kayu keras, ' Chengal ' dan 'rasak' , manakala bumbung diperbuat daripada kayu ' belian '. Ia adalah menarik untuk diambil perhatian bahawa hanya pasak kayu yang digunakan untuk memegang struktur binaan. Tiada paku digunakan semasa kerja-kerja pembinaannya.

Istana asal , Istana yang terletak di atas Bukit Melaka (kini St Paul Hill) . Istana mempunyai bahagian depan yang luas 300 kaki dan bumbung bertingkat . Bumbung adalah berjubin dalam sirap merah kaca yang bersinar terang pada hari yang cerah dan boleh dilihat dari batu jauhnya. Dinding luar telah dihiasi dengan cermin China.  

Sejarah Melayu juga mendokumenkan bahawa kematian Hang Jebat , yang berlaku di sekitar Istana , menyebabkan terdapat gangguan mistik pada Sultan Mansur Syah yang menyebabkan baginda enggan untuk hidup di dalamnya dan memerintahkan untuk merobohkan istana berkenaan. Sultan Mansur Syah kemudian mengarahkan pembinaan sebuah istana lebih cantik yang dipanggil Mahligai.

Istana Kesultanan Melaka kini menempatkan lebih 1,300 pameran, antaranya ialah artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan warisan budaya Kesultanan Melayu Melaka serta pelbagai komuniti, yang datang untuk menetap di Melaka pada abad ke-15. Model daripada Istana Sultan Mansur Shah , senjata Melayu, Melayu pakaian perkahwinan tradisional, barang kemas dan barangan loyang juga merupakan antara bahan pameran yang terdapat di dalamnya.
 
Replika istana tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan dewan dan tiga galeri termasuk Balairong Seri (Dewan Utama atau dewan orang ramai), Balai Beradu (Royal Bedchamber), Dewan Kerabat Diraja, senjata, seni hiasan, dan utusan hadiah, dewan rekreasi dan dewan Islam. Galeri juga menggambarkan pertembungan yang terkenal di antara pahlawan-pahlawan legenda iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat.


Kota A Famosa  

(Jalan Kota, Bandar Melaka, 75200 Melaka)

06 - 288 3599

 

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.


Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.


Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.


A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.


Bangunan Stadthuys  

(Jalan Gereja, Bandar Melaka, 75200 Melaka)

06 - 282 6526

Stadthuys ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.


Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.


Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.


Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.

Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.

 

Muzium Samudera 

(Jalan Quayside, Bandar Melaka, 75000 Melaka)

06 - 282 6745

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Di sebelahnya Muzium Samudera Fasa II.

Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis, berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.

Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

 

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top