Kampung Tanjung Rimau Dalam ini berada di tengah-tengah laluan utama dari daerah Alor Gajah ke daerah Tampin, Negeri Sembilan. Dan disebabkan nama kampung yang unik, 
maka beberapa syarikat produksi filem memilih kampung ini sebagai salah 
satu lokasi penggambaran drama.  Antara yang paling popular ialah drama 
"Pendekar Tanjung Rimau" dan beberapa lagi drama yang tidak dapat dipastikan tajuknya.  Kebanyakkan drama berkenaan disiarkan di TV1.
Dalam artikel kali ini, MB ingin 
berkongsi sejarah mengenai asal usul nama Kampung Tanjung Rimau Dalam 
ini.  Terdapat dua versi cerita yang disampai dari generasi ke generasi 
iaitu :
Versi pertama :
Nama
 Tanjung Rimau diberi apabila wujudnya seekor harimau jadian di kampung 
ini. Diceritakan bahawa harimau ini sering muncul apabila berlakunya 
kesusahan yang dialami penduduk kampung ini. Binatang ini akan membantu 
penduduk kampung jika berlakui kejadian seperti dirompak, diganggu oleh 
kedatangan pihak musuh.
Versi kedua :
Suatu
 ketika dahulu, sekumpulan orang yang berketurunan raja yang diketuai 
oleh Panglima Hitam lari melalui sungai dan berehat seketika di sebuah 
tanjung. Apabila beliau naik sahaja ke daratan (ke tanjung tersebut), 
beliau amat terkejut apabila mendapati seekor harimau bermata satu 
sedang duduk di busut.
Beliau
 segera mengarahkan anak buahnya supaya pergi jauh dari harimau 
tersebut. Setelah beliau berehat seketika (di bawah pohon chenai) beliau
 mendapati tempat itu amat menarik perhatiannya. Sesuai sekali untuk 
manusia tinggal dan melaksanakan aktiviti pertanian.
Panglima
 Hitam terus mengambil keputusan untuk tinggal disitu dan menamakan 
tempat itu Tanjung Harimau. Tahun berganti tahun, hari berganti hari, 
nama harimau yang menjadi mitos ini telah dipendekkan namanya menjadi 
Tanjung Rimau.
 
Demi memberi penghormatan pada Panglima Hitam, 
salah satu surau di kampung ini diberikan nama Surau Panglima Hitam.
Anda sedang membaca artikel berjudul 



0 Komen:
Catat Ulasan