
Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
 Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa 
bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah 
dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat 
untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat 
memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat 
berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama 
untuk mencari jawapan. 
Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi 
jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara 
sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan 
oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak 
dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah 
menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke ,
 menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan 
mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh 
membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
 1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
 2. SUJUD KEDUA  tanda SYUKUR  (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
 Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
 “Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali 
engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan 
menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim) 
 Firman Allah SWT yang bermaksud:-
" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45) 
Dari Sudut Tasawuf :
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan 
Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan 
“rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam 
keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah 
hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya 
pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah 
SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai 
oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud,
 dengan meletakkan mukanya di tanah
  ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang 
beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan 
ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan 
dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang 
paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh 
dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian
 manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila 
ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina
 maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang 
menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud 
sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia 
ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai 
solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia 
merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun 
lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki 
gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa 
gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi 
di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping 
lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
Anda sedang membaca artikel berjudul 



0 Komen:
Catat Ulasan