MELAKA: Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Padang Dataran Pahlawan, 
Bandar Hilir di sini, bagi meraikan sambutan Ambang Tahun Baru 2014 dan 
pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014, tengah malam tadi.
Pelancaran sambutan itu dimeriahkan dengan persembahan hiburan dan 
kebudayaan pelbagai etnik di samping sesi penyampaian hadiah cabutan 
nombor bertuah bagi 100 pengunjung bertuah yang hadir pada acara itu. 
Pelancaran sambutan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa 
Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan 
Inovasi negeri Datuk Md Yunos Husin mewakili Ketua Menteri Datuk Seri 
Idris Haron.
   
Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka Abd Kadir Md Idris, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia negeri Datuk Lim Chow Beng dan Pengarah Tourism Malaysia negeri, Jeffri Munir.

Kemuncak acara dimeriahkan dengan kiraan detik jam 12 malam disusuli pertunjukkan bunga api.
Sumber :
Oleh Yusmawati Mhd Yusof ( My Metro )
Anda sedang membaca artikel berjudul 

0 Komen:
Catat Ulasan