URB bantu wujud persekitaran lebih selamat kepada masyarakat


Melaka - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang memulakan rondaan cegah jenayah sejak akhir bulan lepas di negeri ini mampu memberikan persekitaran lebih selamat kepada masyarakat, kata Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye.

Beliau berkata tindakan cekap dan pantas anggota URB terhadap sesuatu insiden jenayah seterusnya dapat meningkatkan tahap kayakinan masyarakat kepada polis.

Katanya URB Melaka yang dianggotai 51 anggota melakukan rondaan di kawasan perumahan, premis perniagaan dan kawasan perindustrian di seluruh negeri membabitkan tiga daerah.

"Setiap daerah akan mempunyai 17 anggota URB untuk lakukan rondaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan penutupan latihan dalam perkhidmatan pengendalian motosikal URB selama tiga hari bermula 12 Feb lepas melibatkan 51 anggota URB Melaka.

Beliau berkata dengan adanya unit URB, kekerapan pemantauan jenayah di negeri ini dapat ditingkatkan. 


*Sumber : BERNAMA
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul URB bantu wujud persekitaran lebih selamat kepada masyarakat yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Unit Rondaan Bermotosikal diwujudkan di negeri Melaka bagi mengadakan rondaan berkala yang lebih kerap dan berkesan diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top