Mas kahwin dan upah nikah di Melaka naik mulai 1 Jun 2016


Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menaikkan kadar minimum mas kahwin bagi seluruh negeri Melaka daripada RM40 kepada RM100 berkuat kuasa 1 Jun ini.

Selain itu, kadar upah nikah wali hakim turut dinaikkan daripada RM50 kepada RM100, kata MAIM dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Kadar upah nikah pegawai syarak juga ditambah daripada RM100 kepada RM150 berdasarkan pembahagian berikut imam 1 daripada RM30 kepada RM50, imam 2 daripada RM25 kepada RM35, imam 3 daripada RM15 kepada RM25, bilal daripada RM15 kepada RM20, dan noja (penyelenggara masjid) daripada RM15 kepada RM20.

"Jabatan Agama Islam Melaka telah membuat kaji selidik berhubung perkara ini dan mendapati kadar bayaran upah nikah antara sebuah masjid dengan sebuah masjid lain di Melaka adalah berbeza.

"Sehubungan itu, MAIM melalui mesyuarat pada 28 Dis 2015 memutuskan supaya kadar bayaran upah nikah bagi jurunikah, upah nikah wali hakim dan mas kahwin diselaraskan bagi semua masjid seluruh negeri Melaka," kata MAIM.

Mereka yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan oleh MAIM.



-- BERNAMA, 5 April 2016 -- 


Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Mas kahwin dan upah nikah di Melaka naik mulai 1 Jun 2016 yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Kenaikan kadar minimum mas kahwin dan upah nikah di Negeri Melaka. diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top