Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-16 Bandaraya Melaka Bersejarah, Jalan FT143, Lebuh Ayer Keroh berhadapan bangunan Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan ditutup sementara pada 14 April 2019.
Penutupan sementara itu ditutup kepada semua kenderaan pada hari Ahad ini bermula jam 7.00 malam hingga 12.00 malam.
Bagi menjamin keselamatan orang awam dan pengunjung yang hadir ke program, penutupan jalan terpaksa dilakukan, selain dari melancarkan perjalanan program Melaka Muzikal Ekstravaganza sempena sambutan Melaka Bersejarah yang disambut setiap tahun oleh warga Melaka.
Papan tanda pemberitahuan akan dipasang sepanjang laluan yang berkaitan sebagai panduan kepada pengguna jalan raya dan pengawal trafik turut ditempatkan bagi membantu kelancaran aliran trafik.
Berikut adalah laluan alternatif yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya untuk ke pusat bandar atau ke Ayer Keroh:
I) DARI PUSAT BANDAR KE AYER KEROH:
• JALAN BUKIT BERUANG – JALAN MITC/JALAN ISTANA – LEBUH AYER KEROH
• JALAN DATUK GHANI ALI – JALAN MERBOK/JALAN – LEBUH AYER KEROH
II) DARI AYER KEROH KE PUSAT BANDAR
• JALAN ISTANA – JALAN BUKIT BERUANG- JALAN PADANG JAMBU – JALAN MUFTI HJ. KHALIL – PUSAT BANDAR
• JALAN ISTANA – JALAN BUKIT BERUANG- JALAN PADANG JAMBU – JALAN MUFTI HJ. KHALIL – PUSAT BANDAR
• LEBUH AYER KEROH – JALAN MERBOK (LALUAN BELAKANG BANGUNAN MELAKA MALL) – JALAN DATUK GHANI ALI – JALAN PADANG JAMBU – JALAN MUFTI HJ. KHALIL – PUSAT BANDAR
Sumber : Melaka Kini Online
0 Komen:
Catat Ulasan