Lebih 14 ribu orang mengunjungi Zoo Melaka di Aidilfitri


Zoo Melaka dan Night Safari mencatatkan seramai 14,132 pengunjung dalam tempoh seminggu bermula 3 Jun lalu.

Pegawai Tadbir Jualan & Pemasaran Zoo Melaka dan Night Safari, Ahmad Azizi Ramdan berkata, jumlah kedatangan yang ramai itu ekoran cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Ia katanya, sekali gus merekodkan jumlah kutipan sebanyak RM258,914.75 dalam tempoh tersebut.

“Pada 3 Jun seramai 441 pelancong direkodkan, 4 Jun (522 pelancong), 5 Jun (3,409 pelancong), 6 Jun (3,345 pelancong), 7 Jun (2,649 pelancong), 8 Jun (2,403 pelancong) dan 9 Jun (1,363 pelancong).

“Setiap kali musim cuti kita terima sambutan menggalakkan daripada pelancongan tempatan dan luar. Diharap jumlah ini akan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya kepada MelakaKini.

Untuk rekod, Zoo Melaka baru-baru ini berhasrat menjalinkan kerjasama dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Ia bertujuan mendapatkan kepakaran dalam pengurusan memulihara haiwan yang mengalami kepupusan.

Program perkongsian pintar itu bertujuan membawa masuk haiwan yang mengalami kepupusan ke zoo itu selain mempromosi produk pelancongan negeri ini.


Kredit : Melaka Kini online
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Lebih 14 ribu orang mengunjungi Zoo Melaka di Aidilfitri yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Zoo Melaka semakin menarik selepas diambil alih Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top