PKPB di Lembah Kelang : Melaka turut terkesan

 


Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang sejak beberapa minggu lalu memberi kesan ketara terhadap kehadiran pelancong di negeri ini.

Ini kerana pelancong dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah antara pelancong paling ramai mengunjungi Melaka dan hasil tinjauan di beberapa lokasi pelancongan popular di bandar dan di pantai peranginan Pantai Puteri serta Pantai Pengkalan Balak mendapati lokasi berkenaan lengang dan tidak seperti biasa sebelum PKPB dilaksanakan di Lembah Klang.

Tinjauan di beberapa jalan utama di Bandar Hilir yang sebelum ini dipenuhi pelancong didapati lengang berikutan kekurangan pelancong.

Di Pantai Puteri, kesesakan lalu lintas di Kampung Pengkalan Perigi, Pantai Jaring, Pantai Rombang dan Pantai Kundor yang sebelum ini sesak dengan pelbagai jenis kenderaan kini sunyi. Situasi sama turut disaksikan di Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Padang Kemunting.

Keadaan itu menyukar peniaga di kawasan berkenaan akibat pendapatan yang terjejas, dalam masa masa membimbangkan kebanyakan peniaga di kawasan terbabit.

Salah seorang pengusaha bot pisang, Amri Zul, 30, berkata, perniagaannya mencatatkan penurunan perolehan sejak PKPB dilaksanakan di Lembah Klang beberapa minggu lalu.

“Pada setiap hujung minggu sebelum ini, pantai ini menerima kehadiran pengunjung yang ramai, terutama dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tetapi sejak PKPB dikuatkuasakan, jumlah pengunjung boleh dikira dengan jari,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis ketika mengulas mengenainya berkata, PKPB di Lembah Klang menjejaskan pemulihan industri pelancongan di negeri ini.

“Lalu lintas di Banda Hilir dan kawasan pelancongan yang lain sekarang menjadi lengang, tidak seperti sebelum PKPB dilaksanakan di Lembah Klang.

“Pemain industri pelancongan mengeluh dan terbeban akibat penyusutan perolehan dan mereka mencuba merendahkan harga, memperkenalkan pelbagai pakej menarik serta meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk menarik kehadiran pelancong,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap PKPB tidak disambung selepas 9 November ini bagi memberi peluang kepada industri pelancongan kembali rancak, sekali gus menceriakan pengusaha industri pelancongan serta kerajaan negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan memutuskan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya tamat pada kelmarin, dilanjutkan selama 14 hari lagi hingga 9 November ini.


Kredit :

- Nona (laman web : gambar)

- Melaka Hari Ini ( laman web : teks )

- Wikipedia ( laman web : gambar )

- Berita Harian ( laman web : gambar )


Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul PKPB di Lembah Kelang : Melaka turut terkesan yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Tempias PKPB di kawasan Lembah Kelang turut memberi impak pada negeri Melaka diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top