Pokok berusia lebih 100 tahun tumbang di Bandar Hilir


Berikutan cuaca hujan lebat diikuti kelajuan angin 6 km/j, sebatang pokok Batai Laut atau nama saintifiknya ‘Peltophorum Pterocarpum’ yang berusia dalam lingkungan 100 - 120 tahun berketinggian 18 meter dan berdiameter hampir 1.5 meter yang ditanam berhampiran Jam Besar, Banda Hilir Melaka telah tumbang pagi 17 Mac 2021.

Sebelum kawasan Bandaraya Melaka ditambak, Pokok Batai Laut ini ditanam di sepanjang gigi air Selat Melaka sebagai simbolik sempadan kawasan.   

Pihak MBMB telah membuat kerja-kerja pembersihan. Kerja-kerja penanaman semula dari pokok jenis yang sama juga akan dibuat bagi menggantikan pokok yang telah tumbang ini.  Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit F.RON.T MBMB telah berada di tapak bagi tujuan keselamatan awam dan kawalan lalulintas.

Rata-rata warga bandaraya menyatakan perasaan sedih di atas kehilangan pokok warisan yang banyak sejarah dan nostalgia ini.











Kredit : 

- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

- Tourism Melaka

-  Akmal Adanan

Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Pokok berusia lebih 100 tahun tumbang di Bandar Hilir yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Pokok Batai Laut Berusia Lebih 100 Tahun di Bandar Hilir tinggal kenangan. diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top