Kerajaan Gagal : contengan pada dinding tepi persiaran Sungai Melaka


Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) kesal apabila panel iklan di sekitar Sungai Melaka menjadi mangsa vandalisme oleh individu tidak bertanggungjawab.

Tindakan mereka yang melakukan perbuatan itu dipercayai bermotifkan politik apabila mencoteng dengan perkataan 'Kerajaan Gagal' menggunakan semburan cat berwarna merah dan hitam hampir di keseluruhan panel iklan di Kampung Air.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin berkata, insiden yang berlaku tidak boleh dipandang remeh sekali gus mencemarkan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.

"Kita akan siasat dan jika tertangkap, pelaku akan dikenakan tindakan mengikut akta yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Murad berkata, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, pihaknya akan menggerakkan pasukan ‘Emergency Response Team’ (ERT) PPSPM bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang akan melakukan pemantauan dengan lebih kerap di sepanjang laluan siar kaki Sungai Melaka.

Sementara itu, pihak MBMB telah mengambil tindakan drastik dengan mengecat semula contengan vadalisme pada dinding di tepi ruang pejalan kaki Sungai Melaka.



Kredit :

- Nor Farhana Yaacob ( Sinar Harian )

Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Kerajaan Gagal : contengan pada dinding tepi persiaran Sungai Melaka yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Tekanan perasaan dari rakyat atau kenakalan musuh politik ? diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top