PKRC di MITC, Ayer Keroh Melaka

 

AYER KEROH - Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka dijangka akan mula beroperasi Jumaat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ketika ini pembukaan PKRC itu sudah lebih 80 peratus siap.

PKRC MITC dijangka mampu menyediakan sehingga 1,200 katil untuk pesakit Covid 19 tahap 1 dan 2.

Inisiatif ini diambil bagi mengurangkan kesesakan berikutan pertambahan pesakit Covid 19 yang dirawat di PKRC MAEPS, Serdang, Selangor.

Jelasnya, PKRC MITC hanya menerima pesakit baharu Covid 19 apabila mula digunakan nanti.

Manakala bagi 280 pesakit Covid 19 Melaka yang sudah dihantar ke PKRC MAEPS, Serdang akan kekal dikuarantin di sana.

Pengoperasian PKRC MITC akan melibatkan seramai 500 pegawai, anggota dan petugas daripada pelbagai jabatan dan agensi berkaitan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan pembukaan PKRC MITC.

Untuk rekod, Melaka telah membuka lima  PKRC khusus untuk tahanan dan PATI sejak tahun lalu iaitu PKRC Pusat Koreksional Jasin, PKRC Penjara Sungai Udang, PKRC Henry Gurney Telok Mas, PKRC Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo dan PKRC Kolej Kejururawatan Hospital Melaka.

PKRC MITC merupakan PKRC pertama dibuka di negeri ini khusus untuk merawat orang awam.


(Kredit : ASHIKIN HALIM)

Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul PKRC di MITC, Ayer Keroh Melaka yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka. diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top