
Tempat pelancongan mempunyai sumber mata air panas yang asli. Air panas dari  sumber asli ini memang ada khasiat yang tertentu seperti menghilangkan  gatal-gatal kulit, sengal-sengal tulang dan menyegarkan tubuh badan.  
Kini Kolam Air Panas Gadek sudah mengalami transformasi yang menarik  dengan beberapa pengubahsuaian yang cantik dan difikirkan ia dapat  menjadi tarikan pelancong untuk singgah.
Segala kemudahan asas disediakan dan paling penting ada surau yang  berdekatan dengan tapak letak kenderaan. Ia juga berdekatan dengan  Sekolah Kebangsaan Ganun, kawasan kampung dan kawasan perumahan.

Kolam Air Panas Gadek terletak 25 km dari Bandar Melaka menerusi  laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah  kerana kawasannya begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air  panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai  jenis penyakit kulit.  Kawasan ini telah diberi wajah baru yang turut  dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik  persalinan pakaian dan tandas.

Kolam Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka dan sesuai  dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa Resort, Melaka Premium Outlet atau dalam perjalanan  ke pekan Tampin atau Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah  kira kira 20 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka  adalah kira kira 30 kilometer.

Bayaran masuk - 
~ Dewasa  : RM 5.00
~ Kanak-kanak : RM 3.00
Waktu Operasi -
~ Setiap Hari : 24 jam
Ringkasan sejarah -
Kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk  Kampung Gadek "menyiasatnya" selepas mendapati ramai pegawai dan anggota  tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut.
Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.
Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.
Selepas Tanah Melayu bebas dari  penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai  khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam  tanah yang dikatakan ada laluan "mata air" yang "terkena" lintasan lahar gunung berapi yang berdekatan dengan perairan Malaysia.
Anda sedang membaca artikel berjudul 



nanti bole la jenjalan kat sini, tempat yg menarik.hehehe
BalasPadam