Makanan orang Melaka : Dodol

Maklumat gambar : Dodol yang dibuat semasa bulan puasa tahun 2010, 
di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka, iaitu kampung penulis (admin)

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Namun dodol juga boleh didapati di negeri-negeri lain di Malaysia yang mana ianya telah dijadikan sebagai salah satu produk perusahaan oleh para usahawan.

Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Pada asasnya, manisan dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Ada ketikanya masa yang diambil untuk "mengacau" dodol sehingga 7 ke 8 jam mengikut jumlah berapa kila dodol yang ingin dihasilkan.  Jika penggunaan api yang berlebihan dan tidak terkawal, dodol akan mengeras, berkerak dan melekat di permukaan kawah (kuali besar).

Dan jika dodol dikacau dengan berterusan dan dengan api yang sesuai, maka hasilnya, fizikal dan rasa dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Dodol adalah makanan warisan tradisional telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Ada juga mereka yang suka makan dodol cair iaitu dodol yang baru dipindahkan dari kawah ke dalam bekas lain bersama-sama dengan roti ataupun biskut (macam coklat Choki Choki).

Rasa dodol juga turut dipelbagaikan, dan kini kita boleh dapati dodol dalam perisa durian, strawberry, pandan, epal, pisang, kelapa dan lain-lain perisa yang tidak terfikir oleh kita.  Dodol yang disimpan dalam talam yang dialas oleh daun pisang yang sudah dilayur serta dibersihkan adalah lebih sedap rasanya dan lebih mudah untuk dipotong.  Namun jika dodol yang sudah disentuh dengan tangan atau peralatan yang basah atau lembab dan dibiarkan terdedah untuk beberapa ketika, akan menyebabkan kulat tumbuh pada dodol berkenaan.

GAMBAR HIASAN
Kini pelbagai jenis mesin telah dicipta untuk memudahkan proses pembuatan dodol 
Namun teknik tradisional yang menggunakan kayu, sabut dan tempurung kelapa sebagai bahan api dikatakan 
lebih memberi rasa sedap pada dodol berkenaan.


**Artikel asal dirujuk melalui laman web Wikipedia
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Makanan orang Melaka : Dodol yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam : diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

1 Komen:

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top