Pesta Durian Kampung - 7 Disember 2017


Acara ini akan berlangsung di Perkarangan STADIUM HANG JEBAT MELAKA pada 7 Disember hingga 10 Disember 2017 bermula seawal jam 10 pagi hingga 12 tengah malam di mana Lautan Buah Durian Kampung akan berada di Melaka.

Jangan lupa share link blog ini, Tag dan ajak ramai saudara mara, rakan taulan ke Pesta Durian Kampung di Melaka. Melalui perbincangan bersama vendor buah-buahan, mereka cakap stok buah durian kampung banyak pada tarikh tersebut. 



Kali ini 3 konsep dilaksanakan. Yang pastinya akan lebih menggembirakan pada pengunjung nanti. Biar mereka datang ada matlamat untuk shopping bersama kami di sini pada hujung bulan nanti.

Konsep pertama adalah :

Himpunan buah durian kampung dan lain2 buah yang ada pada waktu tersebut. Buah durian kampung yang dibawa di Komplek PKNS yang berakhir pada 5 Nov 2017 mendapat respon baik dari pengunjung. Memang sedap. Harga boleh beli dan mampu beli. Buah yang masak dan sangat menyelerakan.

Konsep Kedua adalah :

Himpunan pelbagai barangan lelong antaranya adalah :
1. Gadget
2. Kasut sukan
3. Kasut sliper wanita dan kanak2
4. Blous dan Tudung
5. Himpunan Jeruk
6. Jersi
7. Bundle
8. Kosmetik
9. Beg kulit
10. Baju kanak-kanak

Harga yang sangat murah dan boleh buat belian seisi keluarga di sini.

Konsep Ketiga adalah :

Penganjur menghimpunkan makanan dan minuman orang kita disini. Ada pelbagai menu dan tempat makan kami sediakan untuk keselesaan pengunjung. 

Ke tiga-tiga konsep ini pihak penganjur menggabungkannya untuk berada dalam 1 acara di Bandaraya Bersejarah Melaka. Pastikan anda tidak ketinggalan bersama sepanjang 4 hari acara tersebut berlangsung bermula pada 7 hingga 10 Desember 2017.

ABC adalah menu baru KFC, ye ke?

 
 
Di Malaysia , restoran makan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) pertama kali dibuka berhampiran dengan Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973.  Selain terkenal dengan produk ayam goreng yang mengandungi rempah ratus rahsia, ia juga menyediakan makanan sampingan seperti kentang putar, jejari kentang dan pelbagai variasi perasa pada ayam gorengnya, sesuai dengan selera masyarakat tempatan.

Namun melihatkan gambar di atas, adakah anda percaya KFC kini sudah mengeluarkan menu baru?  Ya, ABC atau nama penuhnya Air Batu Campur yang telah sinonim dengan masyarakat di Malaysia, tetapi sungguhkah bagai yang dilihat ini? Macam lawak je kan...?



**p/s :  

- bila survey maklumat mengenai KFC di Melaka, ada beberapa cerita tak baik tentang layanan staf KFC kepada pelanggan....

Simbol bulatan dalam segi empat pembalut coklat : petanda mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi?


Salam sejahtera...

Perhatikan simbol bulatan kecil merah di dalam segi empat merah yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty Bar Chocolate / Mars / Sneaker ... Biasanya ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah maklumat berat kandungan.

Cap Ini bermakna produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi.  Asalnya mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan dari sayur-sayuran.

Kebanyakan coklat yang dilaporkan mempunyai kes seperti ini adalah coklat yang berasal dari luar negara.  Walauapapun kita digalakkan lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan dan minuman, sama ada ianya dikeluarkan di dalam Malaysia mahupun di luar negara kita.  Ini merupakan salah satu punca solat (ibadah) kita tidak khusyuk...

Belilah barangan keluaran syarikat milik orang-orang Islam.  Mencari yang halal itu suatu ibadah... Sokonglah ekonomi umat Islam...

Makanan orang Melaka : Gula Melaka


Gula Melaka, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.

Proses pembuatan

Proses membuat Gula Melaka mempunyai tiga peringkat. Seseorang yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.

Peringkat pertama

Peringkat pertama dalam menghasilkan Gula Melaka menggunakan buluh dan pengikatnya serta pisau yang dikenali sebagai "penyadap" untuk mengambil nira kelapa. Setelah itu, mayang kelapa dilenturkan sedikit demi sedikit dengan membalutnya pada daun kelapa muda. Proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit dan air nira ditakung ke dalam buluh yang sepanjang sekaki. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripada menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai "air tuak".

Peringkat kedua

Pada peringkat kedua, proses memasak Gula Melaka mengambil masa selama empat jam. Tempat memasak gula Melaka dikenali sebagai "sabak". Pada peringkat ini, pengawasan dan pengalaman adalah amat penting bagi menghasilkan gula yang baik. Api sabak mesti dijaga agar tidak terlalu besar ketika gula mencapai peringkat ""bunga sena" dan menjadi pekat serta mengeluarkan buih-buih yang berwap panas. Dalam peringkat ini, gula dikacau dengan perlahan-lahan dan beberapa minit kemudian, kancah diturunkan dan gula itu terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.

Peringkat ketiga

Dalam peringkat terakhir, gula yang dipastikan cukup pekat dan masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi tiga inci yang tidak tertutup di kedua-dua hujung. Tabung diletakkan di atas lantai khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.

Pelbagai jenis makanan lain juga menggunakan Gula Melaka sebagai salah satu bahan utama pembuatan iaitu seperti kueh buah Melaka dan dodol.


**sumber daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Makanan orang Melaka : Dodol

Maklumat gambar : Dodol yang dibuat semasa bulan puasa tahun 2010, 
di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka, iaitu kampung penulis (admin)

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Namun dodol juga boleh didapati di negeri-negeri lain di Malaysia yang mana ianya telah dijadikan sebagai salah satu produk perusahaan oleh para usahawan.

Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Pada asasnya, manisan dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Ada ketikanya masa yang diambil untuk "mengacau" dodol sehingga 7 ke 8 jam mengikut jumlah berapa kila dodol yang ingin dihasilkan.  Jika penggunaan api yang berlebihan dan tidak terkawal, dodol akan mengeras, berkerak dan melekat di permukaan kawah (kuali besar).

Dan jika dodol dikacau dengan berterusan dan dengan api yang sesuai, maka hasilnya, fizikal dan rasa dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Dodol adalah makanan warisan tradisional telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Ada juga mereka yang suka makan dodol cair iaitu dodol yang baru dipindahkan dari kawah ke dalam bekas lain bersama-sama dengan roti ataupun biskut (macam coklat Choki Choki).

Rasa dodol juga turut dipelbagaikan, dan kini kita boleh dapati dodol dalam perisa durian, strawberry, pandan, epal, pisang, kelapa dan lain-lain perisa yang tidak terfikir oleh kita.  Dodol yang disimpan dalam talam yang dialas oleh daun pisang yang sudah dilayur serta dibersihkan adalah lebih sedap rasanya dan lebih mudah untuk dipotong.  Namun jika dodol yang sudah disentuh dengan tangan atau peralatan yang basah atau lembab dan dibiarkan terdedah untuk beberapa ketika, akan menyebabkan kulat tumbuh pada dodol berkenaan.

GAMBAR HIASAN
Kini pelbagai jenis mesin telah dicipta untuk memudahkan proses pembuatan dodol 
Namun teknik tradisional yang menggunakan kayu, sabut dan tempurung kelapa sebagai bahan api dikatakan 
lebih memberi rasa sedap pada dodol berkenaan.


**Artikel asal dirujuk melalui laman web Wikipedia

Makanan orang Melaka : Asam Pedas


Asam Pedas memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.

Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.

Masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka dan Johor sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.

Cara untuk membuat asam pedas:

Bahan serta cara untuk membuatnya ialah cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut.

Makanan orang Melaka : Cincalok

Proses pembuatan cincalok kini sudah dipermodenkan dan tahap kebersihannya terjamin


Cincalok (atau dengan ejaan Chinchalok / Cencaluk) adalah makanan negeri Melaka yang diperbuat daripada udang kecil diperam yang dipanggil "udang geragau". Ia biasanya dihidangkan sebagai perasa bersama cili potong, bawang merah dan jus limauUdang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Keling dan beberapa kawasan pantai di sekitar Melaka.

Proses membuat cincalok memerlukan beberapa langkah untuk mencipta produk yang berkualiti tinggi dengan rupa dan rasa yang menyenangkan apabila dimakan. Udang geragau yang segar ditambah dengan garam dan beras dalam perkadaran yang tertentu. Selepas bahan-bahan yang bercampur dengan teliti, ia akan ditutup dalam balang dan diperam selama tiga hari. Ada juga pengusaha cincalok yang memperbanyakkan campuran beras di dalam adunan kerana mereka mempercayai ianya untuk meningkatkan rasa produk akhir makanan tersebut.

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top