Makanan orang Melaka : Cincalok

Proses pembuatan cincalok kini sudah dipermodenkan dan tahap kebersihannya terjamin


Cincalok (atau dengan ejaan Chinchalok / Cencaluk) adalah makanan negeri Melaka yang diperbuat daripada udang kecil diperam yang dipanggil "udang geragau". Ia biasanya dihidangkan sebagai perasa bersama cili potong, bawang merah dan jus limauUdang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Keling dan beberapa kawasan pantai di sekitar Melaka.

Proses membuat cincalok memerlukan beberapa langkah untuk mencipta produk yang berkualiti tinggi dengan rupa dan rasa yang menyenangkan apabila dimakan. Udang geragau yang segar ditambah dengan garam dan beras dalam perkadaran yang tertentu. Selepas bahan-bahan yang bercampur dengan teliti, ia akan ditutup dalam balang dan diperam selama tiga hari. Ada juga pengusaha cincalok yang memperbanyakkan campuran beras di dalam adunan kerana mereka mempercayai ianya untuk meningkatkan rasa produk akhir makanan tersebut.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Makanan orang Melaka : Cincalok yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam : diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

1 Komen:

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top