Kelahiran blogsite "Melaka Blogger"


Assalamualaikum....
Salam sejahtera...


PENGENALAN

Teknologi blog yang lahir seiring dengan laman web konvensional, memungkinkan para pengguna internet dari seantero alam berkomunikasi dengan pelbagai matlamat dan manfaat.  Ketika ini, trend berniaga melalui media internet khususnya di blog menjadi pemangkin baru dalam menjana ekonomi rakyat.

Dengan kenaikkan harga barangan tertentu yang dilihat menjadi-jadi saban tahun mendorong rakyat mencari pendapatan sampingan yang adakalanya melanggar hukum hakam Islam serta undang-undang negara.  Oleh itu "rakyat blogger" di Malaysia khasnya di Melaka perlu berhati-hati dalam meredah arus teknologi internet yang semakin besar, agar anda semua tidak hanyut dalam masalah yang telah, sedang dan akan berlaku nanti.

Kemunculan pertama kali "Melaka Blogger" di arena internet adalah sebagai percubaan untuk menghimpunkan blogger-blogger yang lahir serta tinggal di negeri Melaka.  Para blogger akan dikategorikan melalui daerah masing-masing iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.


MATLAMAT

Sasaran "Melaka Blogger" ialah supaya blogger-blogger ini akan menyalurkan berita-berita yang berkaitan dengan mereka, juga yang terutamanya yang berkaitan dengan daerah masing-masing.  Tetapi harus diingatkan setiap berita atau artikel yang disampaikan mestilah bersandarkan kepada akal yang sihat yang berpandukan Islam yang sejati, tidak menceduk dari sumber-sumber yang meragukan serta tidak bersifat mencetuskan ketegangan sesama kita.  Dari semasa ke semasa, laman blog ini akan ditingkat-upayakan bagi membentuk perikatan ukhwah yang kukuh serta bertoleransi dalam sosio-ekonomi, kebudayaan dan pembentukkan masyarakat madani di negeri Melaka, bumi bertuah ini.

Bagi yang ingin menjadi follower adalah seperti biasa dan tidak tertakluk pada syarat-syarat di bawah ini.


TERMA & SYARAT
Berikut adalah syarat-syarat semasa untuk blog anda disenaraikan dalam "bloglist" :
  1. Anda lahir di Melaka.
  2. Atau anda telah menjadi "warga negeri" Melaka (alamat kad pengenalan di Melaka)
  3. Kandungan blog anda bukan blog yang kandungannya semata-mata untuk tujuan pengiklanan atau mempromosikan program-program bisnes tertentu di internet.  Blog yang seperti itu tidak diterima.
  4. Tidak mengandungi perkara-perkara yang mempromosikan perkara-perkara yang HARAM dan merosakkan seperti dadah, seks bebas, judi, arak dan sebagainya, mengikut akhlak Islam.
  5. Tidak menyebarkan fitnah.  Setiap pendapat yang diberikan haruslah dengan cara berhemah, bersopan dan berdasarkan fakta yang benar. Jika ini masih dilakukan, blog tersebut akan dikeluarkan dari senarai.
  6. Tidak terlalu lama membiarkan blog anda "bersawang" (mempunyai kadar kemas kini blog yang tinggi).
Sila tinggalkan maklumat berikut di ruangan komen jika anda mencukupi syarat-syarat di atas :
(Sila gunakan format seperti di bawah)

Nama Penuh :
Daerah Tempat Tinggal :
Tajuk  / Nama Blog :
Alamat Blog :
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Ahmad Zaki Abdul Rahim ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Kelahiran blogsite "Melaka Blogger" yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam : diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

13 Komen:

  1. emmm saya bukan lahir dimelaka.. saya orang negeri sembilan.. Tapi saya dah tinggal di melaka sejak tahun 2006 lagi.. rasa2 macam syarat kat atas tu tak cukup tuk saya ler...

    CIK ANNE LA... SAPER LAGI

    BalasPadam
  2. Nama Penuh :MOHD FARID BIN OMAR
    Daerah Tempat Tinggal :TELOK MAS
    Tajuk / Nama Blog :KODOKENCEM
    Alamat Blog : http://kodokencem.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. nama penuh : SITI NADIA BINTI ABDUL KARIM
    daerah tempat tinggal: SERKAM DARAT
    tajuk / nama blog : BEZBUDDY
    alamat blog : http://bezbuddy.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. nama penuh: Nur Azza Borhan
    daerah tempat tinggal: Telok Mas
    tajuk/ nama blog: apa!!bagi idea..
    alamat blog: http://zazachan.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Nama Penuh : Mohammad Firdaus Abdul Wahid
    Daerah Tempat Tinggal : Bachang
    Tajuk / Nama Blog : -kopitiam ted-
    Alamat Blog : http://kopitiamted.blogspot.com

    BalasPadam
  6. nama penuh: Fadhilah Mn
    daerah tempat tinggal: Melaka Tengah
    tajuk/ nama blog: Blog BudakFadhilah
    alamat blog: http://www.nufaa.com/

    BalasPadam
  7. Nama Penuh : nurul nazihan binti mohd ali
    Daerah Tempat Tinggal : alor gajah
    Tajuk / Nama Blog : kotak bulat menulis
    Alamat Blog : http://nazihanali.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Nama Penuh : nur hamirudin ismail
    Daerah Tempat Tinggal : merlimau, jasin
    Tajuk / Nama Blog : ameameame
    Alamat Blog : http://ameameame.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Nama : Shuraiya
    Daerah Tempat tinggal : Jasin
    Tajuk / Nama Blog : bila jari dilepaskan
    Alamat Blog : http://bintangtujuh-langit.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Nama : Wan (Warren)
    Daerah Tempat tinggal : Batu Berendam
    Tajuk / Nama Blog :
    Malacca Travel|Melaka Tourism|Hotel|Resort|Forum|Places of attraction
    Alamat Blog : http://www.melakashop.com/

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top