Perkhidmatan kerajaan secara online menjelang 2015

 

Sebahagian besar atau 90 peratus daripada perkhidmatan kerajaan akan disediakan secara online menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Katanya, perkara itu ditetapkan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dicapai sejajar dengan usaha tranformasi perkhidmatan sedia ada kepada perkhidmatan online dengan menggunakan sepenuhnya kepesatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Berucap pada seminar pemantapan perkhidmatan awam berkaitan perkhidmatan online kerajaan di sini hari ini, beliau berkata, dengan perencanaan dan pelaksanaan ICT yang sempurna, ia akan membolehkan perkhidmatan dapat ditawarkan lebih dekat kepada rakayt serta boleh dicapai dengan cepat, mudah dan mesra.

Beliau berkata, penggunaan sistem online dalam perkhidmatan awam adalah positif dan kajian berkaitan ICT yang dilakukan tahun lalu mendapati 35 peratus perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dilakukan secara online.

"Walaupun kajian menunjukkan indikator positif berkaitan transformasi digital sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berasa selesa." katanya pada seminar sehari yang dihadiri lebih 300 penjawat awam dari Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Mohamad Zabidi berkata, usaha perlu sentiasa dipertingkatkan untuk merealisasikan transformasi digital ini semaksimum mungkin khususnya dalam sektor awam.

Katanya, bagi memastikan agensi berada di landasan transformasi yang betul, Mampu telah melaksanakan program penarafan bintang untuk menilai prestasi agensi-agensi perkhidmatan awam terutama dalam sistem penyampaian sejak 2008.

Ia juga sebagai pengiktirafan kepada agensi yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi selain menggalakkan persaingan sihat antara agensi dalam mengamalkan pengurusan yang berkesan.

"Kesan pelaksanaan penarafan bintang menunjukkan perubahan ketara iaitu daripada hanya satu kementerian yang mencapai taraf lima bintang pada 2008, melonjak kepada lapan kementerian pada 2010," katanya.



Sumber dari Bernama


Kelahiran blogsite "Melaka Blogger"


Assalamualaikum....
Salam sejahtera...


PENGENALAN

Teknologi blog yang lahir seiring dengan laman web konvensional, memungkinkan para pengguna internet dari seantero alam berkomunikasi dengan pelbagai matlamat dan manfaat.  Ketika ini, trend berniaga melalui media internet khususnya di blog menjadi pemangkin baru dalam menjana ekonomi rakyat.

Dengan kenaikkan harga barangan tertentu yang dilihat menjadi-jadi saban tahun mendorong rakyat mencari pendapatan sampingan yang adakalanya melanggar hukum hakam Islam serta undang-undang negara.  Oleh itu "rakyat blogger" di Malaysia khasnya di Melaka perlu berhati-hati dalam meredah arus teknologi internet yang semakin besar, agar anda semua tidak hanyut dalam masalah yang telah, sedang dan akan berlaku nanti.

Kemunculan pertama kali "Melaka Blogger" di arena internet adalah sebagai percubaan untuk menghimpunkan blogger-blogger yang lahir serta tinggal di negeri Melaka.  Para blogger akan dikategorikan melalui daerah masing-masing iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.


MATLAMAT

Sasaran "Melaka Blogger" ialah supaya blogger-blogger ini akan menyalurkan berita-berita yang berkaitan dengan mereka, juga yang terutamanya yang berkaitan dengan daerah masing-masing.  Tetapi harus diingatkan setiap berita atau artikel yang disampaikan mestilah bersandarkan kepada akal yang sihat yang berpandukan Islam yang sejati, tidak menceduk dari sumber-sumber yang meragukan serta tidak bersifat mencetuskan ketegangan sesama kita.  Dari semasa ke semasa, laman blog ini akan ditingkat-upayakan bagi membentuk perikatan ukhwah yang kukuh serta bertoleransi dalam sosio-ekonomi, kebudayaan dan pembentukkan masyarakat madani di negeri Melaka, bumi bertuah ini.

Bagi yang ingin menjadi follower adalah seperti biasa dan tidak tertakluk pada syarat-syarat di bawah ini.


TERMA & SYARAT
Berikut adalah syarat-syarat semasa untuk blog anda disenaraikan dalam "bloglist" :
  1. Anda lahir di Melaka.
  2. Atau anda telah menjadi "warga negeri" Melaka (alamat kad pengenalan di Melaka)
  3. Kandungan blog anda bukan blog yang kandungannya semata-mata untuk tujuan pengiklanan atau mempromosikan program-program bisnes tertentu di internet.  Blog yang seperti itu tidak diterima.
  4. Tidak mengandungi perkara-perkara yang mempromosikan perkara-perkara yang HARAM dan merosakkan seperti dadah, seks bebas, judi, arak dan sebagainya, mengikut akhlak Islam.
  5. Tidak menyebarkan fitnah.  Setiap pendapat yang diberikan haruslah dengan cara berhemah, bersopan dan berdasarkan fakta yang benar. Jika ini masih dilakukan, blog tersebut akan dikeluarkan dari senarai.
  6. Tidak terlalu lama membiarkan blog anda "bersawang" (mempunyai kadar kemas kini blog yang tinggi).
Sila tinggalkan maklumat berikut di ruangan komen jika anda mencukupi syarat-syarat di atas :
(Sila gunakan format seperti di bawah)

Nama Penuh :
Daerah Tempat Tinggal :
Tajuk  / Nama Blog :
Alamat Blog :

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top