Pesta Durian Kampung - 7 Disember 2017


Acara ini akan berlangsung di Perkarangan STADIUM HANG JEBAT MELAKA pada 7 Disember hingga 10 Disember 2017 bermula seawal jam 10 pagi hingga 12 tengah malam di mana Lautan Buah Durian Kampung akan berada di Melaka.

Jangan lupa share link blog ini, Tag dan ajak ramai saudara mara, rakan taulan ke Pesta Durian Kampung di Melaka. Melalui perbincangan bersama vendor buah-buahan, mereka cakap stok buah durian kampung banyak pada tarikh tersebut. 



Kali ini 3 konsep dilaksanakan. Yang pastinya akan lebih menggembirakan pada pengunjung nanti. Biar mereka datang ada matlamat untuk shopping bersama kami di sini pada hujung bulan nanti.

Konsep pertama adalah :

Himpunan buah durian kampung dan lain2 buah yang ada pada waktu tersebut. Buah durian kampung yang dibawa di Komplek PKNS yang berakhir pada 5 Nov 2017 mendapat respon baik dari pengunjung. Memang sedap. Harga boleh beli dan mampu beli. Buah yang masak dan sangat menyelerakan.

Konsep Kedua adalah :

Himpunan pelbagai barangan lelong antaranya adalah :
1. Gadget
2. Kasut sukan
3. Kasut sliper wanita dan kanak2
4. Blous dan Tudung
5. Himpunan Jeruk
6. Jersi
7. Bundle
8. Kosmetik
9. Beg kulit
10. Baju kanak-kanak

Harga yang sangat murah dan boleh buat belian seisi keluarga di sini.

Konsep Ketiga adalah :

Penganjur menghimpunkan makanan dan minuman orang kita disini. Ada pelbagai menu dan tempat makan kami sediakan untuk keselesaan pengunjung. 

Ke tiga-tiga konsep ini pihak penganjur menggabungkannya untuk berada dalam 1 acara di Bandaraya Bersejarah Melaka. Pastikan anda tidak ketinggalan bersama sepanjang 4 hari acara tersebut berlangsung bermula pada 7 hingga 10 Desember 2017.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Pesta Durian Kampung - 7 Disember 2017 yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Pesta Durian Kampung dan Best Street Food Festival di Perkarangan Stadium Hang Jebat diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top