Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017


Kerajaan negeri Melaka menyasarkan kehadiran lebih 1 juta pengunjung dari dalam dan luar negara sempena penganjuran Festival Antarabangsa Sungai Melaka Ke-11 yang bermula pada 16 hingga 29 November depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dijadual merasmikan festival itu pada Sabtu ini (18 Nov) yang membabitkan 25 acara domestik dan 10 acara bertaraf antarabangsa.

"Antara acara yang dijangka menarik minat pengunjung adalah dua acara ikon iaitu Perarakan Bot Berhias dan Melaka Parade, yang memaparkan keunikan budaya masyarakat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai etnik,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Selain itu, Pertandingan Bot Kawalan Jauh, Pertandingan Perahu Naga, Pertandingan Ratu Kebaya dan Persembahan Kebudayaan serta Kesenian Pelbagai Kaum dijangka akan mendapat sambutan hebat daripada pengunjung, katanya.

Idris berkata festival itu juga akan memaparkan Epik Sejarah Melaka mengenai pelayar pertama yang mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang atau 'Henry The Black'.

Sumber : Bernama




#TourismMelaka
#FabulousMelaka
#DontMessWithMelaka
#MelakaMajuFasaKedua
#BerkatTepatCepat
#WeLoveMelaka
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top