Destinasi Pelancongan : Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah Melaka


Tempat pelancongan mempunyai sumber mata air panas yang asli. Air panas dari sumber asli ini memang ada khasiat yang tertentu seperti menghilangkan gatal-gatal kulit, sengal-sengal tulang dan menyegarkan tubuh badan.  

Kini Kolam Air Panas Gadek sudah mengalami transformasi yang menarik dengan beberapa pengubahsuaian yang cantik dan difikirkan ia dapat menjadi tarikan pelancong untuk singgah.

Segala kemudahan asas disediakan dan paling penting ada surau yang berdekatan dengan tapak letak kenderaan. Ia juga berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ganun, kawasan kampung dan kawasan perumahan.


Kolam Air Panas Gadek terletak 25 km dari Bandar Melaka menerusi laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah kerana kawasannya begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit.  Kawasan ini telah diberi wajah baru yang turut dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik persalinan pakaian dan tandas.


Kolam Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka dan sesuai dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa Resort, Melaka Premium Outlet atau dalam perjalanan ke pekan Tampin atau Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira 20 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30 kilometer.

Bayaran masuk -

~ Dewasa  : RM 5.00
~ Kanak-kanak : RM 3.00

Waktu Operasi -
~ Setiap Hari : 24 jam
 
Ringkasan sejarah -

Kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek "menyiasatnya" selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut.

Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.

Selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah yang dikatakan ada laluan "mata air" yang "terkena" lintasan lahar gunung berapi yang berdekatan dengan perairan Malaysia.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Destinasi Pelancongan : Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah Melaka yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Kolam air panas semulajadi di kawasan Gadek, Alor Gajah Melaka diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

1 Komen:

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top