Sejarah Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah

 

Kampung Tanjung Rimau Dalam ini berada di tengah-tengah laluan utama dari daerah Alor Gajah ke daerah Tampin, Negeri Sembilan. Dan disebabkan nama kampung yang unik, maka beberapa syarikat produksi filem memilih kampung ini sebagai salah satu lokasi penggambaran drama.  Antara yang paling popular ialah drama "Pendekar Tanjung Rimau" dan beberapa lagi drama yang tidak dapat dipastikan tajuknya.  Kebanyakkan drama berkenaan disiarkan di TV1.

Dalam artikel kali ini, MB ingin berkongsi sejarah mengenai asal usul nama Kampung Tanjung Rimau Dalam ini.  Terdapat dua versi cerita yang disampai dari generasi ke generasi iaitu :




Versi pertama :

Nama Tanjung Rimau diberi apabila wujudnya seekor harimau jadian di kampung ini. Diceritakan bahawa harimau ini sering muncul apabila berlakunya kesusahan yang dialami penduduk kampung ini. Binatang ini akan membantu penduduk kampung jika berlakui kejadian seperti dirompak, diganggu oleh kedatangan pihak musuh.

Versi kedua :

Suatu ketika dahulu, sekumpulan orang yang berketurunan raja yang diketuai oleh Panglima Hitam lari melalui sungai dan berehat seketika di sebuah tanjung. Apabila beliau naik sahaja ke daratan (ke tanjung tersebut), beliau amat terkejut apabila mendapati seekor harimau bermata satu sedang duduk di busut.

Beliau segera mengarahkan anak buahnya supaya pergi jauh dari harimau tersebut. Setelah beliau berehat seketika (di bawah pohon chenai) beliau mendapati tempat itu amat menarik perhatiannya. Sesuai sekali untuk manusia tinggal dan melaksanakan aktiviti pertanian.

Panglima Hitam terus mengambil keputusan untuk tinggal disitu dan menamakan tempat itu Tanjung Harimau. Tahun berganti tahun, hari berganti hari, nama harimau yang menjadi mitos ini telah dipendekkan namanya menjadi Tanjung Rimau.
 
 
Demi memberi penghormatan pada Panglima Hitam, 
salah satu surau di kampung ini diberikan nama Surau Panglima Hitam.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Sejarah Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam : diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top