MADU merupakan makanan sunnah Nabi SAW, berupaya mengubati pelbagai penyakit kronik yang sering melanda masyarakat kini. Sabda Nabi Muhammad SAW,
”Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu
pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat” – (Abu Hurairah – Sunan Ibn
Majah)
Tidak dinafikan ramai di kalangan masyarakat menderitai penyakit ini.
Masih ramai yang tidak tahu khasiat madu terhadap penyakit kanser. Ini
dikukuhkan lagi dengan bukti-bukti penyelidikan yang telah dijalankan
oleh pengkaji-pengkaji di seluruh Malaysia bahkan di peringkat
antarabangsa!
Madu mentah lagi asli yang tidak diproses mengandungi komponen anti-ketumbuhan dan mengandungi bahan yang mencegah Carcinogen daripada terhasil di dalam tubuh.
*Apa itu Carcinogen?
Carcinogen ialah apa-apa bahan
dari radionuklid atau radiasi yang merupakan ejen yang terlibat secara
langsung dalam menyebabkan penyakit kanser. Carcinogen berupaya untuk
merosakkan genom atau gangguan proses metabolik selular tubuh.
Terdapat satu lagi kajian berkenaan madu dan kanser di mana ia
melibatkan penyakit kanser payudara. Kajian oleh Taylor & Francis
Group menyatakan bahawa penggunaan madu juga memberi kesan yang sangat
positif ke atas kulit pesakit kanser payudara .
Perlu diingatkan bahawa pengambilan madu adalah langkah pencegahan
penyakit kanser dan merupakan suplimen tubuh yang lengkap. Amalan
pemakanan ini hendaklah mengikut tatacara pemakanan yang betul.
Sekiranya seseorang itu telah disahkan menghidap penyakit kanser, adalah
sangat penting untuk menerima rawatan perubatan dan nasihat pakar
perubatan.
*Tips pembelian madu:
1) Pastikan anda memeriksa Certificate of Analysis (COA) daripada penjual atau pembekal. Periksa kandungan madu tersebut secara terperinci.
2) Pastikan kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) madu tersebut di bawah 10mg/kg. Kandungan HMF yang tinggi menunjukkan madu tersebut berubah menjadi karamel akibat pemanasan yang tinggi.
1) Pastikan anda memeriksa Certificate of Analysis (COA) daripada penjual atau pembekal. Periksa kandungan madu tersebut secara terperinci.
2) Pastikan kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) madu tersebut di bawah 10mg/kg. Kandungan HMF yang tinggi menunjukkan madu tersebut berubah menjadi karamel akibat pemanasan yang tinggi.
0 Komen:
Catat Ulasan