Majlis Perbadanan Hang Jebat Jaya mungkin diwujudkan

Kerajaan negeri Melaka merancang untuk menubuhkan satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan terhadap masyarakat lebih berkualiti dan cekap.

Setiausaha Kerajaan Negeri,
YB. Datuk Hj. Naim Bin Abu Bakar
berkata, kertas kerja mengenai cadangan itu sudahpun siap dan hanya menunggu masa untuk dibentangkan.

Datuk Naim memberi gambaran kemungkinan pecahan kawasan PBT baru yang akan dikenali sebagai Majlis Perbadanan Hang Jebat Jaya itu akan melibatkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Melaka kini sudah mempunyai empat PBT, dengan satu bertaraf Majlis Bandaraya iaitu Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah dan tiga lagi bertaraf Majlis Perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah, Jasin dan Hang Tuah Jaya.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Majlis Perbadanan Hang Jebat Jaya mungkin diwujudkan yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Dalam usaha kerajaan negeri memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, kawasan PBT sedia ada akan dikecilkan diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

1 Komen:

  1. Buka majlis perbandaran masjid tanah. luas kawasan masjid tanah skang.

    http://trulychipszone.blogspot.com/

    BalasPadam

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top