Gambar banjir di Gadek : 7 Julai 2019


Hujan lebat pada awal pagi 7 Julai 2019 telah menyebabkan kawasan Gadek danyang sekitarnya mengalami banjir.

YB G.Saminathan telah turun melawat kawasan banjir serta membantu mangsa banjir yang melanda di  beberapa kampung dalam  DUN Gadek.

Terima kasih kepada Bomba dan Penyelamat, Japerun Dun Gadek, Penghulu , MPKK dari setiap kawasan dan JPAM kerana tindakkan pantas semasa menyelamatkan penduduk yang terlibat.



  

 















Kredit : Facebook YB G. Saminathan Siva

Kebakaran bangunan di Jalan Tun Ali, Melaka


Suatu kebakaran telah berlaku pada 6 Mac 2018 di Jalan Tun Ali, Melaka melibatkan bahagian atas kedai gambar. Kejadian berlaku kurang lebih 9:50 malam. Menurut sumber (ketika artikel ini ditaip), pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran berkenaan.

Bangunan yang terbakar ini berhampiran dengan Nadi Bundle, Arked Jalan Hang Tuah, Bank Rakyat, UiTM Kampus Bandar dan MiCos.

Bangunan yang sama pernah terbakar pada tahun lalu tetapi di bahagian atas di sudut yang lain.

Video kebakaran bahagian atas kedai gambar Jalan Tun Ali :


Senarai mangsa kemalangan di Pagoh, Muar Johor


Berikut senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan bas ekspres di Km137.3, Lebuh Raya PLUS, arah utara, berhampiran kawasan rehat dan rawat Pagoh :



1. Muhammmad Hilmi (Singapura)



2. Mustafa Yasin (Singapura)



3. Govinda Raj (Singapura)



4. Mohd Syed (Singapura)



5. Alifah Mohd Said (Singapura)



6. Muhammad Fitri (Singapura)



7. Muhamad Juhaify Zakaria (Malaysia)



8. Muhammad Syafiq (Malaysia)



9. Mohamed Taufik (Malaysia)



10. Cyril Joseph ((Malaysia)



11. R. Nagadevan (Malaysia)



12. Kesavan (Malaysia)



13. Muhammad Abdullah (Malaysia)



14. Zaw Oo (Myanmar)



15. Ralza Uk (Myanmar)


16. Wanita (identiti belum dikenal pasti).


Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ASP Suhaimi Ahmad yang mengesahkan senarai mangsa tersebut berkata, kesemua mereka dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.



Sehingga kini, empat daripada 16 yang cedera telah dibenarkan keluar hospital iaitu Muhamad Juhaify, Muhammad Syafiq, Mohamed Taufiq dan Ralza Uk, katanya kepada pemberita di HPSF.



Dalam kemalangan kira-kira 3.25 pagi itu, sebanyak 14 orang terkorban terdiri daripada enam lelaki termasuk pemandu, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.



🔹BERNAMA

Gambar dan maklumat kemalangan bas ekspres di Pagoh


Empat belas maut manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi Sabtu.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo itu, turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.


"Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian," kata Mohd Yusof ketika dihubungi di sini.



Kesemua mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, kata beliau.


Operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi, katanya.







Hari Kelepasan Am Tahun 2017 Untuk Negeri Melaka


Berikut adalah panduan tarikh cuti umum bagi Negeri Melaka untuk tahun 2017 :

 JANUARI

Tahun Baru :
01 Januari 2017 (Ahad)

Tahun Baru Cina :
28 & 29 Januari 2017 (Sabtu & Ahad)


APRIL

Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah :
15 April 2017 (Sabtu)

MEI
 
Hari Pekerja :
1 Mei 2017 (Isnin)

Hari Wesak :
10 Mei 2017 (Rabu)

Awal Ramadhan * :
27 Mei 2017 (Sabtu)

JUN

Hari Keputeraan DYMMSPB Yang DuPertuan Agong :
3 Jun 2017 (Sabtu)

Hari Raya Aidilfitri * :
25 & 26 Jun 2017 (Ahad & Isnin)

OGOS

Hari Kebangsaan :
31  Ogos 2017 (Khamis)

SEPTEMBER

Hari Raya Aidiladha * :
1 September 2017 (Jumaat)

Hari Malaysia :
16 September 2017 (Sabtu)

Maal Hijrah 1439 H :
21 September 2017 (Khamis)

OKTOBER

Hari Keputeraan T.Y.T, Yang DiPertua Negeri Melaka :
13 Oktober 2017 (Jumaat)

Deepavali :
19 Oktober 2017 (Khamis)

DISEMBER

Maulidur Rasul :
1 Disember 2017 (Jumaat)

Krismas :
25 Disember 2017 (Isnin)

Info
- Jika hari kelepasan jatuh pada hari minggu, maka hari berkenaan digantikan pada keesokkan harinya dan jika hari selepasnya juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan (cuti).


Majlis Pelancaran Pasar Tani Pra Ramadhan 2015

YB Datuk Hassan ketika membuat pemberian kurma kepada pengunjung Pasar Tani Jasin


Pada 17 Jun 2015 lalu, saya telah menghadiri majlis yang diadakan di Pasar Tani Jasin untuk membuat liputan sempena Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas Pra Ramadhan 2015M/1436H, Peringkat Negeri Melaka.

Ia disempurnakan oleh YB Datuk Hassan Bin Abdul Rahman, selaku Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka. Antara VIP yang turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Hj.Ghazale Bin Muhamad iaitu sebagai ADUN N25 - DUN Rim, Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Melaka iaitu Jamaluddin Bin Muhamad Arshad dan beberapa pegawai tertinggi FAMA Negeri Melaka.
 
 


 

 

Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah 2015


MBMB Berselawat, Malam Cinta Allah, Cinta Rasul Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah pada 14 April 2015 di Pulau Melaka. Muslimin Muslimat Dijemput Hadir

Majlis Perhimpunan & Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1436H / 2015M


Tahun 1435H telah berlalu dan bermula tahun baharu bagi umat Islam iaitu 1436H. Dengan bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, membawa maksud satu ummah bergabung membuat satu perubahan yang baik kepada negara. 

Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka bakal dilangsungkan pada 3 Januari 2015 (Sabtu) bersamaan 12 Rabiul Awwal 1436 H pada waktu 7.00 pagi di Stadium Hang Tuah, Melaka menuju ke Dataran Pusat Islam, Melaka.

Majlis ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka.


Ketua Menteri Melaka : Presiden World Assembly of Youth (2014 - 2018)


KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden WAY (World Assembly of Youth) bagi penggal ke dua, 2014 hingga 2018, pada perhimpunan ke 16, pertubuhan di Hotel Tirana International, Albania, 10 Disember 2014.

Pengumuman rasmi kemenangan Idris dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga merupakan bekas Presiden WAY iaitu Senator Tan Sri Mohd. Ali Rustam.  Ia berikutan pencabar jawatan berkenaan dari Ghana iaitu Prosper Hoetu tidak hadir pada perhimpunan berkenaan sekaligus menyebabkan hilang kelayakkan bertanding.

Untuk makluman, Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) adalah sebuah pertubuhan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)


Perhimpunan Belia Sedunia adalah badan penyelaras antarabangsa majlis-majlis belia negara dan pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)


Ahli-ahli penuh WAY adalah dari majlis-majlis belia pelbagai negara. WAY kini mempunyai 120 ahli organisasi dari semua benua. Sebagai badan penyelaras antarabangsa majlis-majlis belia kebangsaan, WAY mempunyai status  konsultatif  1 dengan Bangsa-Bangsa Bersatu, status yang paling tinggi untuk sebuah pertubuhan bukan kerajaan. 

WAY bekerjasama dengan PBB dan banyak agensi-agensi khas terutamanya dengan UNAIDS, UNEP, ILO, UNESCO, UNFPA, UNICEF dan WHO.


Datuk Seri Ir. Idris Haron bersama barisan kepimpinan terbaru WAY berganding tangan sebagai tanda kesepaduan bagi merealisasikan agenda perjuangan mengangkat suara belia di pentas antarabangsa.

WAY mengiktiraf Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat sebagai asas tindakan dan perkhidmatannya. WAY menggalakkan kerja-kerja organisasi belia dalam bidang seperti demokrasi, alam sekitar, hak asasi manusia, penduduk, kesihatan, ubat-ubatan, pembangunan masyarakat, latihan kepimpinan, dan toleransi budaya dan agama. 

Ia memberi peluang kepada wakil-wakil belia dari negara-negara yang berbeza untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman, untuk menyelaraskan rancangan program dan untuk mencapai pemahaman yang lebih baik tentang masalah masing-masing disebabkan oleh perbezaan dalam kaum, agama dan latar belakang negara.

Struktur serantau Majlis Belia Negara di semua benua, Majlis Belia Asia, Forum Belia Eropah, Forum Belia Caribbean, Forum untuk Integrasi Belia Adean, Majlis Belia Pasifik, Kesatuan Belia Arab, Kesatuan Belia Pan-Afrika, Majlis Belia Afrika-Arab, Pergerakan Pemuda SADC, adalah ahli konsultatif.

Ibu Pejabat WAY terletak di Kompleks Belia Dunia di Melaka, Malaysia. Sebelum ini ditubuhkan di London, Paris, Brussels, Copenhagen dan Kuala Lumpur. Organisasi ini dibiayai daripada yuran keahlian tahunan dan sumbangan sukarela dari pertubuhan anggotanya dan mempunyai tiga bahasa rasmi: Bahasa Inggeris, Perancis, dan Sepanyol.


*Sumber : MHI


Gambar Bandar Jasin banjir


Berikut adalah gambar banjir yang berlaku di Bandar Jasin pada hari Sabtu petang, 29 November 2014. Dengan keadaan hujan yang lebih lebat dari selalunya dan ditambah lagi dengan beberapa masalah setempat seperti sistem peparitan yang usang  serta pembuangan sampah yang tidak terkawal memungkinkan longkang dan parit tersumbat dan menambah lagi peratusan kebarangkalian berlakunya banjir.

Sikap tidak mempedulikan kebersihan dan mengambil jalan mudah membuang sampah dan sisa-sisa makanan ke dalam parit dan longkang selalunya menjadi faktor yang mesti diubah.  Ia adalah berkaitan dengan corak pemikiran dan tahap displin masyarakat setempat yang menjadi cerminan kepada pelancong yang mungkin ternampak perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.  

Jika sikap buruk ini tidak diubah segera, ia menambahkan lagi imej negatif kepada negeri Melaka yang mempunyai slogan "Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau" serta kerajaan negeri yang mewar-warkan bahawa Melaka adalah antara negeri yang terbersih di Malaysia.








 



*Sumber gambar : Facebook  Fan Page Melaka FM

Kebakaran di Kota Fesyen MITC Melaka


Satu kebakaran telah terjadi di sebuah kedai menjual permaidani, karpet dan kelengkapan bilik tidur, di Jalan KF 3, Kota Fesyen MITC, Melaka. Ia dikatakan berlaku pada pukul 11.54 malam, 17 November 2014.

Mengikut makluman pihak Bomba, tiada kecederaan dilaporkan. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Ayer Keroh.





*Sumber : Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)


Konsert Rockers Kasi Gegau


Konsert “Rockers Kasi Gegau” yang menggabungkan tiga Band Otai Rockers, LELA, PUTRA & SYJ SOFEA akan diadakan pada 15 November ini bertempat di Dewan Hang Tuah, Melaka.  

Selain daripada menikmati persembahan yang bermula sekitar jam 8.30 malam, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara yang telah di susun bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam, antaranya ialah pertandingan ‘Battle Of The Bands’ dan ‘Drum Busking’ serta beberapa acara lagi.

Kepada rockers dan peminat yang ingin menyaksikan kehebatan ‘otai’ rock beraksi di pentas Dewan Hang Tuah, Melaka bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM19.00 sahaja (Terhad kepada 300 pembeli) yang kini telah mula dijual dan ianya boleh didapati di beberapa lokasi terpilih di seluruh negeri Melaka.

Kempen kesedaran penipuan Gores dan Menang di Tesco Peringgit 21 September 2014


KHAS UNTUK ORANG MELAKA, Jom kita pergi ke Tesco Peringgit, Melaka esok ( 21 Sept 2014  / Ahad ) bermula jam 10.00 pagi hingga  3.00 petang sempena Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran 'Goreng & Menang', anjuran KPPDNKK. Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan.





Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top