Ketua Menteri Melaka : Presiden World Assembly of Youth (2014 - 2018)


KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden WAY (World Assembly of Youth) bagi penggal ke dua, 2014 hingga 2018, pada perhimpunan ke 16, pertubuhan di Hotel Tirana International, Albania, 10 Disember 2014.

Pengumuman rasmi kemenangan Idris dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga merupakan bekas Presiden WAY iaitu Senator Tan Sri Mohd. Ali Rustam.  Ia berikutan pencabar jawatan berkenaan dari Ghana iaitu Prosper Hoetu tidak hadir pada perhimpunan berkenaan sekaligus menyebabkan hilang kelayakkan bertanding.

Untuk makluman, Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) adalah sebuah pertubuhan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)


Perhimpunan Belia Sedunia adalah badan penyelaras antarabangsa majlis-majlis belia negara dan pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)


Ahli-ahli penuh WAY adalah dari majlis-majlis belia pelbagai negara. WAY kini mempunyai 120 ahli organisasi dari semua benua. Sebagai badan penyelaras antarabangsa majlis-majlis belia kebangsaan, WAY mempunyai status  konsultatif  1 dengan Bangsa-Bangsa Bersatu, status yang paling tinggi untuk sebuah pertubuhan bukan kerajaan. 

WAY bekerjasama dengan PBB dan banyak agensi-agensi khas terutamanya dengan UNAIDS, UNEP, ILO, UNESCO, UNFPA, UNICEF dan WHO.


Datuk Seri Ir. Idris Haron bersama barisan kepimpinan terbaru WAY berganding tangan sebagai tanda kesepaduan bagi merealisasikan agenda perjuangan mengangkat suara belia di pentas antarabangsa.

WAY mengiktiraf Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat sebagai asas tindakan dan perkhidmatannya. WAY menggalakkan kerja-kerja organisasi belia dalam bidang seperti demokrasi, alam sekitar, hak asasi manusia, penduduk, kesihatan, ubat-ubatan, pembangunan masyarakat, latihan kepimpinan, dan toleransi budaya dan agama. 

Ia memberi peluang kepada wakil-wakil belia dari negara-negara yang berbeza untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman, untuk menyelaraskan rancangan program dan untuk mencapai pemahaman yang lebih baik tentang masalah masing-masing disebabkan oleh perbezaan dalam kaum, agama dan latar belakang negara.

Struktur serantau Majlis Belia Negara di semua benua, Majlis Belia Asia, Forum Belia Eropah, Forum Belia Caribbean, Forum untuk Integrasi Belia Adean, Majlis Belia Pasifik, Kesatuan Belia Arab, Kesatuan Belia Pan-Afrika, Majlis Belia Afrika-Arab, Pergerakan Pemuda SADC, adalah ahli konsultatif.

Ibu Pejabat WAY terletak di Kompleks Belia Dunia di Melaka, Malaysia. Sebelum ini ditubuhkan di London, Paris, Brussels, Copenhagen dan Kuala Lumpur. Organisasi ini dibiayai daripada yuran keahlian tahunan dan sumbangan sukarela dari pertubuhan anggotanya dan mempunyai tiga bahasa rasmi: Bahasa Inggeris, Perancis, dan Sepanyol.


*Sumber : MHI


Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Ketua Menteri Melaka : Presiden World Assembly of Youth (2014 - 2018) yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron : Presiden WAY (2014 - 2018) diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top