Berikut adalah gambar banjir yang berlaku di Bandar Jasin pada hari Sabtu petang, 29 November 2014. Dengan keadaan hujan yang lebih lebat dari selalunya dan ditambah lagi dengan beberapa masalah setempat seperti sistem peparitan yang usang serta pembuangan sampah yang tidak terkawal memungkinkan longkang dan parit tersumbat dan menambah lagi peratusan kebarangkalian berlakunya banjir.
Sikap tidak mempedulikan kebersihan dan mengambil jalan mudah membuang sampah dan sisa-sisa makanan ke dalam parit dan longkang selalunya menjadi faktor yang mesti diubah. Ia adalah berkaitan dengan corak pemikiran dan tahap displin masyarakat setempat yang menjadi cerminan kepada pelancong yang mungkin ternampak perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.
Jika sikap buruk ini tidak diubah segera, ia menambahkan lagi imej negatif kepada negeri Melaka yang mempunyai slogan "Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau" serta kerajaan negeri yang mewar-warkan bahawa Melaka adalah antara negeri yang terbersih di Malaysia.
*Sumber gambar : Facebook Fan Page Melaka FM
nampaknya seluruh negara hujan ni
BalasPadam