Alami keunikan di Zoo Melaka


Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah dan berhadapan dengan Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.

Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 hektar di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.


Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. 

Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.

Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.



Zoo Melaka menjalankan beberapa program untuk mempastikan kelangsungan spesies yang terancam, seperti pembiakbakaan kurungan (pembiakan dalam kurungan) dan penyelidikan. Pembiakbakaan kurungan yang berjaya dijalankan di Zoo Melaka termasuk harimau belang, harimau kumbang, cipan, kambing gurun, kijang dan rusa.


Badak Sumatera (Dicerorhinus sumatrenesis) yang dahulunya banyak kini terancam dan kini tinggal kurang daripada 300 ekor sahaja. Hasil kajian DNA ke atas lebih daripada 130 ekor harimau dan kulit harimau, Harimau Malaya (Panthera tigris malayensis) telah dikenal pasti dalam tahun 2004 sebagai satu sub-spesies keluarga harimau belang. Zoo Melaka telah membiakkan lebih 40 anak Harimau Malaya dan telah dihantarkan ke zoo di Amerika Syarikat (San Diego), Jerman dan Australia serta lain-lain Zoo di Asia.

 Sila gunakan Google map untuk mengetahui lokasi Zoo Melaka.

Sumber rujukan :

-Wikipedia
-pelbagai laman web dan dokumentasi


Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Alami keunikan di Zoo Melaka yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Zoo Melaka merupakan salah satu destinasi percutian berilmiah untuk pasangan berbulan madu, sekeluarga dan anak-anak kecil serta para pelajar dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top