Gambar Bandar Jasin banjir


Berikut adalah gambar banjir yang berlaku di Bandar Jasin pada hari Sabtu petang, 29 November 2014. Dengan keadaan hujan yang lebih lebat dari selalunya dan ditambah lagi dengan beberapa masalah setempat seperti sistem peparitan yang usang  serta pembuangan sampah yang tidak terkawal memungkinkan longkang dan parit tersumbat dan menambah lagi peratusan kebarangkalian berlakunya banjir.

Sikap tidak mempedulikan kebersihan dan mengambil jalan mudah membuang sampah dan sisa-sisa makanan ke dalam parit dan longkang selalunya menjadi faktor yang mesti diubah.  Ia adalah berkaitan dengan corak pemikiran dan tahap displin masyarakat setempat yang menjadi cerminan kepada pelancong yang mungkin ternampak perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.  

Jika sikap buruk ini tidak diubah segera, ia menambahkan lagi imej negatif kepada negeri Melaka yang mempunyai slogan "Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau" serta kerajaan negeri yang mewar-warkan bahawa Melaka adalah antara negeri yang terbersih di Malaysia.








 



*Sumber gambar : Facebook  Fan Page Melaka FM

Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Gambar Bandar Jasin banjir yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Banjir yang berlaku di Bandar Jasin, Melaka pada 29 November 2014. diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

1 Komen:

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top