Dollah Salleh (lahir pada 23 Oktober, 1963) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia kelahiran Negeri Melaka yang dianggap lagenda oleh peminatnya. Dia kini menjawat jawatan jurulatih untuk pasukan Pahang.
Memulakan kerjaya sebagai pemain pada 1985, Dollah menjadi antara penyerang yang digeruni apabila menyertai Selangor. Dia kemudian membentuk gandingan mantap bersama Zainal Abidin Hassan. Bersama-sama Zainal dan Fandi Ahmad, Dollah membantu Pahang menjuarai piala liga pada 1992.
Bersama Malaysia, Dollah berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara 1989 dan Pestabola Merdeka pada 1993. Dollah juga membuat penampilan pada edisi pertama Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada 1996. Dia kemudian bersara sebagai pemain profesional selepas berakhirnya liga pada 1998.
Pada tahun 2003, Dollah kembali ke arena bola sepak tempatan sebagai jurulatih pasukan Selangor MPPJ. Dia mencipta sejarah apabila membawa MPPJ muncul juara Piala Malaysia pada 2003. Dia kemudian membawa MPPJ ke Liga Super setelah MPPJ muncul juara Liga Perdana pada 2004.
Pada 2005, Persatuan Bola Sepak Selangor membawanya menyertai
Selangor. Pada tahun pertama Dollah bersama Selangor, Selangor muncul
juara tiga piala (Liga Perdana Malaysia, Piala FA Malaysia, dan Piala Malaysia). Musim berikutnya, Dollah gagal membawa Selangor menjuarai sebarang piala.
Pada 2009, Dollah menandatangani kontrak bersama Shahzan Muda. Namun pada Mei 2009, Pahang mendapatkan khidmatnya untuk membaiki prestasi pasukan Pahang yang merosot teruk.
**Sumber dari :
**Sumber dari :
0 Komen:
Catat Ulasan