CIMB Liga Super Malaysia : Melaka United vs PDRM (6 Mac 2020)


Keputusan perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan bola sepak Melaka United menentang PDRM.

Perlawanan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka pada 6 Mac 2020, hari Jumaat, jam 9.00 malam.

Keputusan Penuh

Melaka United 3 - 1 PDRM
17' Uche Agba [ Melaka United ]
71' Safiq Rahim [ Melaka United ]
81' Antonio German [ PDRM ]
90' + 2' Wan Amirul Afiq [ Melaka United ]

RIVER MUAYTHAI CHAMPIONSHIP MELAKA - 30 November 2019


Jom datang beramai-ramai ke RIVER MUAYTHAI CHAMPIONSHIP untuk menyaksikan perlawanan Muaythai para atlit dari dalam dan luar negara yang hebat secara PERCUMA! YA! PERCUMA!

Kejohanan ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira usia dan latar belakang!
Acara akan turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada FAIZAL TAHIR yang dijemput bagi sama-sama memeriahkan kejohanan!

Bila dan di mana?

TARIKH: 30 NOVEMBER 2019
LOKASI: DATARAN PENGKALA RAMA, MELAKA
MASA: 8.00 MALAM

Getaran makin terasa! Jumpa anda di sana! ————————————————————
#RiverMuaythaiChampionship2019 #RiverMuaythaiChampionship #Muaythai #ThaiBoxing #FightEvent #MalaysianFighter #MuaythaiMalaysia #Melaka #SungaiMelaka #MalaccaRiver #GCF2019 #VisitMelaka2019 #FestivalSungaiMelaka #FaizalTahir

Jalan yang ditutup sempena Le Tour De Langkawi April 2019


Berikut adalah maklumat bergrafik mengenai jalan yang akan ditutup untuk laluan perlumbaan  Le Tour De Langkawi pada tujuh dan lapan April dua ribu sembilan belas.



Senarai nama pemain Melaka United 2019



Untuk memberikan saingan terbaik dalam Liga Malaysia 2019 yang bakal bermula pada 2 Februari 2019, Melaka United telah mengeluarkan senarai nama pemain pasukan untuk menghadapi saingan musim ini.

Berikut adalah nama-nama pemain yang mewakili pasukan bola sepak Melaka United pada musim Liga Malaysia 2019 :

[Goalkeeper]
• Syafizullah Wahab
• Khairul Fahmi
• Oscar Wong Tse Yeung

[Defender]
• Faizal Muhamad
• Jang Suk-Won
• Razman Roslan
• Wan Amirul Afiq
• Zharif Desa
• Ubaidullah Rahman
• Khuzaimi Piee

[Midfielder]
• Darko Marković
• Safiq Rahim
• Liridon Krasniqi
• Shukor Adan
• Raimi Md. Nor
• Saiful Ridzuan
• Nazrin Nawi
• Faris Shah
• Deevan Raj Siva Balan

[Forwards]
• Casagrande
• Patrick Reichelt
• Kavishkumar Manimaharan
• Nurshamil
• Ramzi Haziq Mohamad
• R. Gopinathan
• Wan Shukri Wan Ahmad

[Coach]
• Zainal Abidin Hassan



Keputusan Friendly Match Melaka United dan Negeri Sembilan



Melaka United meneruskan rentak kemenangan pada aksi kedua Persahabatan Pramusim 2019 selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, malam tadi (Sabtu, 5 Januari 2019).

Beraksi di hadapan lebih 10 ribu penyokong sendiri, Melaka United terlebih dahulu di depan hasil jaringan pemain import yang masih dalam tempoh percubaan, Luka Milunovic pada minit ke-14. Gol berpunca daripada sepakan percuma yang diambil Safiq Rahim yang ditanduk masuk Milunovic.

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Melaka United terus menguasai perlawanan namun ketumpulan penyudah menyebabkan beberapa peluang tidak dapat disudahkan dengan jaringan. Sehingga pada minit ke-50 Melaka mendapat sepakan penalti selepas Ramzi Haziq dijatuhkan dalam kotak penalti. Safiq kemudiannya menyempurnakan penalti untuk kedudukan 2-0.

Melaka kemudiannya berusaha menambah gol menerusi beberapa gerakan namun sering dipatahkan pertahanan dan ketangkasan penjaga gol Skuad Hobin Jang Hobin. Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan untuk Skuad Hang Tuah lega melepasi ujian kedua sebelum saingan Liga Malaysia 2019 membuka tirainya Februari depan.


* Sumber  : Melaka United Soccer Association (Facebook)

Persahabatan Pra Musim 2019 : Melaka United - Negeri Sembilan


Aksi persahabatan pramusim Melaka United akan diteruskan malam esok (Sabtu, 5 Januari 2019) dengan Skuad Hang Tuah bakal diuji satu lagi pasukan 100Plus Liga Premier, Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat bermula pukul 8.45 malam.

Lebih menarik, pertembungan kali ini bakal menyaksikan bekas pengendali Melaka United, Mat Zan Mat Aris kembali ke Stadium Hang Jebat sebagai pengendali baharu Skuad Hobin Jang Hobin.

Penyokong Melaka United jangan terlepas menyaksikan aksi pemain bintang kita beraksi menentang skuad serba baharu Negeri Sembilan yang dibarisi gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda. 

Siapakah yang bakal diturunkan dan pemain import manakah yang bakal diuji oleh Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan? Semuanya bakal terjawab pada perlawanan itu nanti. 

Sumber : Facebook MUSA

Langkah kanan Melaka United !


Permulaan Yang Baik...

Itu yang dapat disimpulkan buat pasukan ini. Sekalipun mempamerkan aksi yang kurang meyakinkan dalam aksi pra musim, Melaka berjaya mengutip tiga mata dalam aksi pertama UNIFI Liga Super selepas menundukkan Kelantan 2-1 di laman sendiri.

Melaka terlebih dahulu tersentak apabila Kelantan menjaringkan gol pembukaan pada minit permata setelah dihadiahkan sepakan percuma.


Melaka kembali menyusun serangan dan berjaya menyamakan kedudukan berselang 10 minit melalui Yuhar Zubovich. Jeon Woo Young meletakkan Melaka 2-1 pada minit ke-30 melalui sepakan penalti. Ke lebihan gol tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Demi Kebanggaan Melaka!

Kredit : Penyokong Bola Sepak Melaka (Facebook)

Amuk Jebat - Majalah Rasmi Melaka United



AMUK JEBAT - MAJALAH RASMl MELAKA UNITED EDISI PENGENALAN

Majalah sulung khas untuk bola sepak negeri Melaka telah berada di pasaran mulai Sabtu, 30 Januari 2016

Antara yang menarik dalam edisi pengenalan ini :

+ Prebiu persiapan pasukan
+ Bicara Jurulatih bersama Mat Zan Mat Aris
+ Bintang Pilihan, Spaso Jeneral Berpengalaman
+ Bintang Pilihan, Nurshamil Buru Peledak Terbaik
+ Liga FAM menampilkan pasukan SAMB
+ Liga Melaka menampilkan Teman FM FC
+ Jejak Lagenda bersama Tauke Soh Chin Aun
+ Tuah Troopers
+ Bila Lekir Bersuara

BONUS POSTER DAN KALENDAR JAN - MAC 2016


Dapatkan di Stadium Hang Jebat, di lokasi perlawanan yang melibatkan Melaka United dan juga wakil jualan di Kuala Lumpur iaitu di pejabat Dunia Sukan.

AMUK JEBAT AMUK!!!

Pasukan Liga Perdana 2016

Berikut adalah senarai 12 pasukan yang bakal bertanding di dalam saingan bola sepak Liga Perdana dalam musim 2016, yang akan bermula pada 12 Februari 2016 :


- ATM
- DRB Hicom FC
- Johor DT II
- Kuala Lumpur
- Kuantan FA
- Melaka United
- Negeri Sembilan
- Perlis
- Sabah
- Selangor PKNS
- Sime Darby FC
- UiTM FC


Keputusan Perlawanan Persahabatan MU vs PDRM - 29 Januari 2016




Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2016

FT: Melaka United (2) - (2) PDRM FA





Program Mencari Ramli Musim Ke 5 di Melaka

 

Satu sesi pemilihan peserta program Mencari Ramli yang telah memasuki musim ke 5, akan diadakan di Stadium Hang Tuah ( Stadium Kubu ), Jalan Hang Tuah, Melaka pada 16 hingga 17 Januari 2016. Ia akan bermula pada jam 7.00pagi sehingga 6.30 petang.


Ujibakat bola sepak ini terbuka kepada remaja yang berumur 13 tahun hingga 16 tahun sahaja.





1 Legend Soh Chin Aun : Challenge Trophy 9s Tournament

 


 1st Legend, 
Soh Chin Aun,
Challenge Trophy 9s Tournament

This tournament will be held on 5 December 2015 at Stadium Hang Tuah (as know as Stadium Kubu), 
Jalan Hang Tuah, Melaka.




ISTAF SuperSeries MALAYSIA 2014 / 2015 MELAKA



Kejohanan ISTAF Super Series Malaysia 2014/15, Melaka 
mulai 5-8 Feb 2015 di Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah.


Kejohanan ISTAF SuperSeries MALAYSIA 2014/15 MELAKA, yang akan berlangsung dari 5-8 Februari depan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh menyaksikan Malaysia telah diundi bersama-sama Singapura, Indonesia dan China dalam aksi Kumpulan B.


Cabaran Melaka United dalam Piala FA 2015


Berikut adalah carta Piala FA 2015 berdasarkan keputusan undian yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perlawanan dijangkakan akan bermula pada bulan Februari dan pasukan Terengganu merupakan pasukan pertama yang akan dihadapi oleh Melaka United pada perlawanan permulaan nanti.

Berikut merupakan carta perlawanan Piala FA 2015 :




*Sumber carta : Fanpage Facebook JOHOR Southern Tigers

 

Nak pergi ke Stadium Shah Alam menyokong Harimau Malaya?


Adakah anda ingin hadir ke Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya bagi perlawanan Separuh Akhir pertama pada 7 Disember 2014?.  Jika iya, baca maklumat di bawah ini :

Maklumat kembara Melaka Road To Shah Alam :

Malaysia vs Vietnam
07/12/2014 (Ahad)
Stadium Shah Alam
8:30mlm

Ayuh anak melaka...

Harimau Malaya perlukan engkorang...

-Rm70 (bus & ticket)
-berkumpul di Subaidah MITC Ayer keroh (2ptg)

keterangan lanjut:-

# WASAP @ SMS (sahaja) - LeKiR 0123106842

"bangkit Harimau Malaya.. sanjung nama Malaysia.
kami anak Malaysia... sokong selama-lamanya." - Lekir Hj Ahmad

Ambil tindakan segera sebelum pelawaan ditutup...


Liga Melaka 2014 Divisyen Satu


Divisyen satu terbahagi kepada dua kumpulan. Perlawanan akan bermula 9 November 2014 di Padang 10, Wisma MUSA, Stadium Hang Jebat Paya Rumput Melaka.

Kumpulan A terdiri dari pasukan :

PERSIBU FC
SELAT FC
MELAKA B19
GAJAH BERANG FC
JKR MELAKA FC
KIDDO KICKERS FC
GADONG PERDANA FC
SAMB FC


Kumpulan B terdiri dari pasukan :

 PJM FC
ASA-GP FC
MIFA FC
HULUBALANG FC
GERAKAN MELAKA FC
SURYA FC
UTEM FC
TAMPOI FC

Liga FAM : Kuantan FA vs Melaka United (6 April 2014)

KUANTAN FA LWN MELAKA UNITED
06 APRIL 2014 (AHAD) | 08.45 MALAM
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN

keputusan perlawanan akan dikemaskini sebaik sahaja perlawanan bermula dan mendapat maklumat dari sumber


Keputusan Akhir

Kuantan FA  1  -  2   Melaka United 

Liga FAM : Melaka United vs KL MOF FC (2 April 2014)



Liga FAM | Perlawanan ke-6

KL MOF FC lwn Melaka
United
02 April 2014   |   8.45 malam
Stadium Inspens, Bangi

Demi Kebanggaan Melaka


KEPUTUSAN AKHIR

KL MOF FC  (2)  -  (5)  Melaka United


Liga FAM : Perlawanan pertama Melaka United


Perlawanan pertama untuk pasukan bola sepak Melaka United dalam Liga FAM

Perlawanan : Melaka lwn Perak YBU FC
Tarikh : 09 Mac 2014 
Waktu : 4.45 petang
Tempat : Stadium Hang Jebat, Melaka


Harga Tiket
RM10.00 Berbumbung | RM5.00 Terbuka
Bawah 17 tahun percuma (tunjukkan IC)



 
Demi Kebanggaan Melaka

Melaka United lwn Warriors FC : 14/02/2014


Melaka United lwn Warriors FC Singapore
14 Februari 2014 (Jumaat) | 4.45 petang
Stadium Hang Tuah, Melaka

MASUK PERCUMA

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top