Persahabatan Pra Musim 2019 : Melaka United - Negeri Sembilan


Aksi persahabatan pramusim Melaka United akan diteruskan malam esok (Sabtu, 5 Januari 2019) dengan Skuad Hang Tuah bakal diuji satu lagi pasukan 100Plus Liga Premier, Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat bermula pukul 8.45 malam.

Lebih menarik, pertembungan kali ini bakal menyaksikan bekas pengendali Melaka United, Mat Zan Mat Aris kembali ke Stadium Hang Jebat sebagai pengendali baharu Skuad Hobin Jang Hobin.

Penyokong Melaka United jangan terlepas menyaksikan aksi pemain bintang kita beraksi menentang skuad serba baharu Negeri Sembilan yang dibarisi gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda. 

Siapakah yang bakal diturunkan dan pemain import manakah yang bakal diuji oleh Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan? Semuanya bakal terjawab pada perlawanan itu nanti. 

Sumber : Facebook MUSA
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Persahabatan Pra Musim 2019 : Melaka United - Negeri Sembilan yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Perlawanan persahabatan bola sepak antara dua pasukan Selatan pada 5 Januari 2019 diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top