Bas elektrik di Melaka tahun 2014


Melaka akan menggunakan bas elektrik bagi perkhidmatan bas henti-henti di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd bermula bulan depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, yakin perkhidmatan bas elektrik dapat menjimatkan pelbagai kos antaranya penyelengaraan dan bahan api yang sentiasa meningkat berbanding penggunaan bas diesel.

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit memandu uji sendiri bas elektrik itu di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini yang turut disertai pegawai kanan kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar.

Bas elektrik itu mempunyai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam, mampu membawa sehingga 35 penumpang dan boleh bergerak sejauh kira-kira 400 kilometer sebelum dicas semula.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Bas elektrik di Melaka tahun 2014 yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Teknologi baru yang belum pernah digunakan dalam perkhidmatan pengangkutan awam di Melaka, akan digunakan pada tahun 2014 diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top