Nur Athirah Binti Roshelmy, pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Dang Anum, Merlimau, Melaka telah keluar dari rumah di Taman Maju Jaya, jam 6.30 pagi pada tarikh 20 Mac 2014 dengan menaiki basikal berwarna merah.
Mengikut maklumat terkini yang diperolehi, beliau kelihatan melalui kawasan Masjid Merlimau Pasir menuju ke Batu Gajah pada jam 7.30 pagi 21 Mac 2014. Remaja ini berpakaian t-shirt merah, seluar traksuit hitam dan tudung hitam berbunga merah.
Sesiapa yang terlihat remaja ini di mana-mana atau mempunyai maklumat tentangnya, sila laporkan ke Balai Polis Merlimau (06 - 263 1222 / Sarjan Mahmod : 010 - 548 9655 / 013 644 7269) atau mana-mana balai polis berhampiran. Anda juga boleh menghubungi ayah beliau di nombor telefon 013 734 3404 / 013 399 3404.
KEMASKINI
Berita dari Sinar Harian :
Berita dari Sinar Harian :
JASIN - Seorang remaja, Athirah Roshelmy, 16, yang hilang sejak empat hari lalu ditemui dalam keadaan selamat berhampiran Pejabat Fama Merlimau di sini, awal pagi semalam (23 Mac 2014).
Bapanya, Roshelmy Md Sharif, 42, berkata, anak sulung daripada lima beradik itu ditemui sekumpulan anggota rukun tetangga di kawasan berkenaan dalam keadaan tidak bermaya bersama basikalnya sebelum dibawa ke Balai Polis Merlimau, di sini kira-kira jam 3 pagi.
Menurutnya, dia dimaklumkan mengenai penemuan anaknya itu selepas anggota polis ke rumahnya pagi semalam, sebelum dia dan isteri bergegas ke balai polis untuk menjemput anaknya.
“Alhamdulillah saya bersyukur Athirah ditemui dengan selamat walaupun ketika ditemui keadaannya lemah kerana demam dan tidak makan sejak keluar dari rumah Khamis lalu.
“Pemeriksaan kesihatan turut dilakukan dan syukur tiada kejadian tidak diingini menimpanya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Roshelmy berkata, selepas keluar dari rumah Khamis lalu, anaknya bersembunyi di bawah jambatan di Sungai Rambai dan sejak itu dia tidak menjamah sebarang makanan kerana tidak mempunyai wang.
"Sebelum ditemui Athirah dalam perjalanan pulang ke rumah dengan mengayuh basikal, namun disebabkan tidak makan dan demam dia berhenti di lokasi berkenaan sebelum ditemui ahli rukun tetangga.
“Saya percaya Athirah melarikan diri dari rumah selepas tertekan dengan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diperoleh," katanya.
*KOMEN :
-kemungkinan ada tekanan yang negatif dari keluarganya menyebabkan remaja ini keluar dari rumah tanpa arah tuju...
0 Komen:
Catat Ulasan