Syarikat penerbangan Firefly Sendirian Berhad akan kembali beroperasi
di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (ltam) pada suku ke-empat tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ignatius Ong berkata, Syarikat Tambang
Rendah Malaysia Airlines (MAS) itu akan kembali operasi dengan
menawarkan penerbangan domestik. Usaha itu selepas pihaknya mempunyai
keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan industri pelancongan di negeri
ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan
kunjung hormat terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di
Seri Negeri, Ayer Keroh. Bagaimanapun, Firefly masih lagi dalam
perbincangan bersama kerajaan negeri mengenai laluan penerbangan dari
ltam.
Ujar Ingnatius Ong lagi, pihaknya bercadang untuk mengadakan
kekerapan penerbangan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Dalam pada itu, ketua menteri, Datuk Seri Idris Haron berharap,
kerjasama yang kembali terjalin ini terus dikekalkan demi memberi
keselesaan kepada pelancong dan meningkatkan kemudahan sistem
pengangkutan sedia ada.
Sebelum ini Firefly Sendirian Berhad
pernah memulakan penerbangan dari ltam, Batu Berendam ke Medan dan Subang
bermula November 2011 sehingga Mac 2012.
*Sumber : Berita RTM
0 Komen:
Catat Ulasan