Pameran Pelancongan MELAKA MITS MATTA FAIR

Tarikh : 22-24 Ogos 2014
Masa : 1030 pagi - 0930 malam
Tempat : Mitc Melaka

Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka dan MATTA Melaka Chapter akan menganjurkan pameran Melaka MITS MATTA Fair 2014 pada 22 hingga 24 Ogos 2014 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Acara yang akan berlangsung pada tahun ini adalah siri yang kesepuluh dan mensasarkan jumlah ruang pameran sebanyak 150 lot dan penyertaan 10 negara terutamanya dari Rantau Asia. Ia merupakan usaha Kerajaan Negeri Melaka dalam meningkatkan kesedaran dan budaya melancong khususnya di pasaran domestik kerana program ini juga menjadi pemangkin dalam usaha mewujudkan minat melancong di kalangan masyarakat.

Selain bertujuan memasarkan pakej-pakej pelancongan, program ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan mendapatkan pakej-pelancongan dengan harga diskaun.

pelbagai acara persembahan kebudayaan daripada negeri-negeri akan turut diadakan sepanjang program ini. Di antara negeri yang akan mengadakan persembahan adalah Labuan, Terengganu, Kelantan, Selangor dan sebagainya. Majlis Perasmian Melaka MITS Matta Fair 2014 ini akan diadakan pada 22 Ogos 2014, jam 3.00 petang di Pentas Utama, MITC.

Majlis akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Malaysia. Jom datang beramai-ramai bagi mendapatkan pakej-pakej pelancongan yang menarik di samping bergembira dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka di talian 06-2328402.




Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Pameran Pelancongan MELAKA MITS MATTA FAIR yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Pameran pelancongan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top