Isu kandang babi moden di Paya Mengkuang

Foto dari Sinar Harian online

Ada beberapa pihak yang dari kalangan pembangkang dan juga admin "Facebook page" yang berpusat di Melaka memainkan cerita ini dengan cara yang salah di wallpage mereka dengan niat untuk menutup perihal sebenar. Perbuatan ini boleh menyebabkan pembaca akan tersalah faham dan percaya bulat-bulat tanpa membaca cerita sebenarnya.

Sistem ternakan babi berpusat cara moden telah dicadangkan oleh kerajaan negeri Melaka kepada 27 orang penternak di Paya Mengkuang, Masjid Tanah (pastinya bukan orang Melayu/Islam). Ia adalah bertujuan bagi mengatasi masalah pencemaran yang selama ini membelenggu penduduk sekitar. Mengguna pakai teknologi terkini dari Jerman atau China yang akan dikendalikan syarikat pelabur tempatan.

Saya sendiri (admin blog ini) telah bertanyakan hal ini terus secara berhadapan pada YB Norhizam sebagai Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani (di rumah YB). Katanya cadangan ini bukanlah bermakna kerajaan Negeri Melaka mengabaikan industri ternakan halal seperti lembu atau kambing. 

Cadangan dan projek ini adalah untuk menyelesaikan masalah pencemaran di kawasan sekitar kandang babi berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama di bawah pentadbiran Barisan Nasional dahulu.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Isu kandang babi moden di Paya Mengkuang yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Penerang sebenar bagi isu kandang babi moden yang disampaikan secara salah oleh beberapa pihak, telah mencetuskan provokasi pada pembaca di atas talian diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top