𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐋𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐙𝐨𝐨 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐒𝐚𝐟𝐚𝐫𝐢 : 1 Jun 2024

 

Alami keajaiban malam di Zoo Melaka dengan Night Safari! 🦉🐅🦁

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan haiwan-haiwan malam dalam suasana yang memukau. Dapatkan tiket anda sekarang dengan hanya RM10.00 seorang 

Setiap Sabtu Pertama Setiap Minggu bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu)

⏰ Waktu Operasi: 10.00 malam - 1.00 pagi
(Tiket terakhir masuk jam 12.00 malam)

*Operasi tertakluk kepada keadaan cuaca.

Zoo Melaka & Taman Burung

#VisitMelaka2024

Gerhana bulan penumbra


Assalamualaikum wbt

GERHANA BULAN PENUMBRA

هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِيَآءٗ وَٱلۡقَمَرَ نُورٗا وَقَدَّرَهُ

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya,

Surah Yunus: 5

6 Jun 2020M / 14 Syawal 1441H

Apa itu GERHANA BULAN PENUMBRA?

Berlaku ketika bulan keseluruhannya masuk ke dalam penumbra bumi. Gerhana ini tidak membawa sebarang perubahan dlm proses kenampakan Bulan itu sendiri. Gerhana hampir-hampir tidak dapat dibezakan dgn bulan purnama biasa

Mata kasar manusia sukar / hampir mustahil utk melihat perubahan kecerahan bulan yg memasuki bayang Penumbra

Walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan Gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata itu tidak dipenuhi, maka solat Gerhana tidak disyariatkan

Maka lihatlah tanda-tanda kekuasaan Allah, agar kita sentiasa beribadah/ingat kepadaNya

#TinggalDiRumah
#TingkatkanIbadah
#MelakaMestiMenangCOVID19
#urutankakitanjungrimaudalam

Promosi Pembukaan Semula MELAKA BIRD PARK


Berita baik kepada semua! Taman Burung Melaka kembali dibuka mulai 23 November 2019. 🐧🐦🐤🐔🐥 🙈

Dari 23 November sehingga 31 Disember 2019, Taman Burung Melaka akan dibuka berdasarkan kepada Harga Tiket Promosi serendah RM 3.00 seorang.

Orang ramai diminta untuk memberikan pendapat sepanjang tempoh ini bagi menambahbaik Taman Burung Melaka.

Jumpa anda di sana!

#MelakaBirdPark
#FabulousMelaka
#VisitMelaka2019
#KasikJammedMelaka

Isu kandang babi moden di Paya Mengkuang

Foto dari Sinar Harian online

Ada beberapa pihak yang dari kalangan pembangkang dan juga admin "Facebook page" yang berpusat di Melaka memainkan cerita ini dengan cara yang salah di wallpage mereka dengan niat untuk menutup perihal sebenar. Perbuatan ini boleh menyebabkan pembaca akan tersalah faham dan percaya bulat-bulat tanpa membaca cerita sebenarnya.

Sistem ternakan babi berpusat cara moden telah dicadangkan oleh kerajaan negeri Melaka kepada 27 orang penternak di Paya Mengkuang, Masjid Tanah (pastinya bukan orang Melayu/Islam). Ia adalah bertujuan bagi mengatasi masalah pencemaran yang selama ini membelenggu penduduk sekitar. Mengguna pakai teknologi terkini dari Jerman atau China yang akan dikendalikan syarikat pelabur tempatan.

Saya sendiri (admin blog ini) telah bertanyakan hal ini terus secara berhadapan pada YB Norhizam sebagai Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani (di rumah YB). Katanya cadangan ini bukanlah bermakna kerajaan Negeri Melaka mengabaikan industri ternakan halal seperti lembu atau kambing. 

Cadangan dan projek ini adalah untuk menyelesaikan masalah pencemaran di kawasan sekitar kandang babi berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama di bawah pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Info pemindahan mangsa banjir di Melaka - 12/08/2017


Lokasi :

1. Daerah Melaka Tengah
 Balai Raya Peringgit (Pusat Pemindahan)
= 11 keluarga
=  Lelaki Dewasa - 08
=  Perempuan dewasa – 08
= Warga Emas Lelaki – 02
= Warga Emas Perempuan - 02
=  Kanak-kanak lelaki - 01
=  Kanak-kanak perempuan – 05
=  Bayi perempuan - 01
Jumlah = 27 orang.

2. SMK Munshi Abdullah (Pusat Pemindahan)
= 62 keluarga
=  Lelaki Dewasa - 77
=  Perempuan dewasa – 91
= Warga Emas Lelaki – 01
= Warga Emas Perempuan - 01
=  Kanak-kanak lelaki -40
=  Kanak-kanak perempuan – 37
= Bayi Lelaki - 03
=  Bayi perempuan – 03
= Perempuan OKU Dewasa - 02
Jumlah = 255 orang.

3. Balai Raya Pengkalan Batu (Pusat Pemindahan)
= 07 keluarga
=  Lelaki Dewasa - 08
=  Perempuan dewasa – 08
= Warga Emas Lelaki – 03
= Warga Emas Perempuan - 01
=  Kanak-kanak lelaki - 03
=  Kanak-kanak perempuan – 07
= Bayi Lelaki - 01
=  Bayi perempuan – 0
= Perempuan OKU Dewasa - 0
Jumlah = 31 ORG

4. Projek Perumahan Rakyat Krubong (Pusat Pemindahan)
= 21 keluarga
=  Lelaki Dewasa - 29
=  Perempuan dewasa – 26
= Warga Emas Lelaki – 01
= Warga Emas Perempuan - 0
=  Kanak-kanak lelaki - 10
=  Kanak-kanak perempuan – 17
= Bayi Lelaki - 0
=  Bayi perempuan – 0
= Perempuan OKU Dewasa - 0
Jumlah = 83 orang.

5. Sekolah Agama JAIM Tanjung Minyak (Pusat Pemindahan)
= 09 keluarga
=  Lelaki Dewasa - 10
=  Perempuan dewasa – 09
= Warga Emas Lelaki – 02
= Warga Emas Perempuan - 03
=  Kanak-kanak lelaki - 06
=  Kanak-kanak perempuan – 07
= Bayi Lelaki - 0
=  Bayi perempuan – 0
= Perempuan OKU Dewasa - 0
Jumlah = 37 orang.

6. RTC  Paya Ikan (Pusat Pemindahan)
= 04 keluarga
=  Lelaki Dewasa - 06
=  Perempuan dewasa – 05
= Warga Emas Lelaki – 0
= Warga Emas Perempuan - 0
=  Kanak-kanak lelaki - 04
=  Kanak-kanak perempuan – 04
= Bayi Lelaki - 01
=  Bayi perempuan – 0
= Perempuan OKU Dewasa - 0
Jumlah = 20 orang.

Daerah Alor Gajah
1.Balai Raya Paya Redan- Masjid Tanah (Pusat Pemindahan)
= 03 keluarga
=  Lelaki Dewasa - 07
=  Perempuan dewasa – 08
= Warga Emas Lelaki – 0
= Warga Emas Perempuan - 0
=  Kanak-kanak lelaki - 0
=  Kanak-kanak perempuan – 01
= Bayi Lelaki - 0
=  Bayi perempuan – 0
= Perempuan OKU Dewasa – 0
Jumlah = 16 orang.

Daerah Jasin
1.Sekolah Kebangsaan Tehel
= 19 keluarga
=  Lelaki Dewasa - 19
=  Perempuan dewasa – 21
= Warga Emas Lelaki – 05
= Warga Emas Perempuan - 10
=  Kanak-kanak lelaki - 09
=  Kanak-kanak perempuan – 07
= Bayi Lelaki - 0
=  Bayi perempuan – 01
= Perempuan OKU Dewasa - 0
Jumlah = 72 orang.

Jumlah Pusat Pemindahan Banjir = 08
Jumlah Keluarga Terlibat = 136
Jumlah Mangsa Lelaki = 256 orang
Jumlah Mangsa Perempuan = 285 orang
Jumlah Keseluruhan = 541 orang

Kenderaan rosak angkara bahan kimia dalam longkang



Sebanyak 16 kenderaan rosak selepas terkena api dipercayai berpunca daripada bahan kimia  yang terdapat di dalam longkang di luar kawasan sebuah kilang plastik di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, Melaka, kelmarin (27/03/2017).

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang kesemua kenderaan itu mencair dari bahagian bawah selepas terkena api di dalam longkang yang mengandungi cecair dipercayai jenis solvent.

Difahamkan, cecair bersifat peluntur itu adalah  lebihan limpahan dari tangki simpanan bahan kimia di bawah tanah milik kilang terbabit yang kemudian mengalir ke dalam longkang sepanjang 61 meter.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Hadzar Hasan berkata, dianggarkan kira-kira lebih 2,000 liter bahan kimia itu yang mengalir dalam longkang sebelum dipercayai terbakar.

"Satu jentera dari Balai Bomba Ayer Keroh dan  sepasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) terdiri daripasa 20 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 1.41 petang.

"Sebaik sahaja sampai, pasukan keselamatan kebakaran terdiri daripada staf kilang tersebut telah memadamkan api yang merebak di dalam longkang sepanjang 200 kaki di hadapan kilang terbabit," katanya.

Menurutnya, akibat kejadian sebanyak 16 kenderaan staf  diparkir berdekatan longkang itu terbakar lima hingga 50 peratus dan tidak sempat dialihkan bagaimanapun bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk melakukan kerja-kerja pembersihan

"Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa mahupun menjejaskan bangunan kilang dan pengurusan kilang bertindak cekap dan mengambil langkah awal dengan mengarahkan semua staf mengosongkan premis sewaktu kejadian.

"Setakat ini anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan forensik bomba," katanya.

Hari Tanpa Beg Plastik di Melaka


"Bermula 1 APRIL 2014, pelaksanaan program HARI TANPA BEG PLASTIK peringkat Negeri Melaka akan di tambah kepada dua hari iaitu JUMAAT dan SABTU. Pengguna digalakkan membawa beg sendiri ketika membeli belah di Melaka." - PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA


Patuhi Arahan Jika Berlaku Gelombang Kedua Banjir


Polis meminta orang ramai bersedia dan mengikuti semua arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku gelombang kedua banjir di Pahang yang dijangka bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, sebanyak 67 pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan yang boleh memuatkan 20,415 orang telah disediakan untuk mangsa banjir.

Katanya, tujuh mukim terlibat iaitu di Kuala Kuantan 1 sebanyak 11 pusat pemindahan, Kuala Kuantan 2 (21 pusat pemindahan), Ulu Kuantan (12), Beserah (dua), Sungai Karang (lapan), Penor (lapan) dan Ulu Lepar (lima).

"Selain itu, beberapa kawasan letak kenderaan turut dicadangkan bagi mangsa-mangsa banjir mengikut kawasan kediaman masing-masing," katanya ketika dihubungi.


Sumber : RTM

Kitar semula untuk kesejahteraan alam


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah dahulu seperti tin minuman ringan.

Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya meluas di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.

Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini. Contohnya seperti surat khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat 165 syarikat kitar semula di Malaysia (www.sisa.my). Begitu juga dengan maklumat mengenai pusat pengumpulan bahan kitar semula di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan orang ramai.

Lima fakta mengenai "Kitar Semula" :

FAKTA 1
Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen

FAKTA 2
Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok

FAKTA 3
18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun 2005)

FAKTA 5
Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam


Amalan berikut sangat digalakkan semasa berbelanja di pasar atau di kedai :

·         Beg kain dapat digunakan berulang kali

·         Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

·         Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

·         Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan


** diambil @ dikitar semula dari sumber internet

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top