Kitar semula untuk kesejahteraan alam


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah dahulu seperti tin minuman ringan.

Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya meluas di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.

Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini. Contohnya seperti surat khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat 165 syarikat kitar semula di Malaysia (www.sisa.my). Begitu juga dengan maklumat mengenai pusat pengumpulan bahan kitar semula di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan orang ramai.

Lima fakta mengenai "Kitar Semula" :

FAKTA 1
Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen

FAKTA 2
Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok

FAKTA 3
18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun 2005)

FAKTA 5
Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam


Amalan berikut sangat digalakkan semasa berbelanja di pasar atau di kedai :

·         Beg kain dapat digunakan berulang kali

·         Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

·         Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

·         Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan


** diambil @ dikitar semula dari sumber internet
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Kitar semula untuk kesejahteraan alam yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam : diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top