Sertai Langkah Sheraton satu kesilapan

 

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas dari parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad mengakui melakukan kesilapan apabila menyertai ‘Langkah Sheraton’ pada Mac tahun lalu.

Beliau merasakan perlu bertaubat kerana kemenangannya sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah di atas tiket Pakatan Harapan (PH).

“Saya menang atas tiket PH. Jika cakap saya pengkhianat itu tidak betul. Saya sebenarnya telah buat kesilapan dengan sertai ‘Langkah Sheraton’ dan saya rasa perlu bertaubat.

“Rakyat beri mandat kepada saya selaku ADUN Telok Mas. Mereka undi saya bukan kerana saya Barisan Nasional (BN), Pas atau apa, tapi saya diundi atas nama PH,” katanya dalam sidang akhbar di Bandar Hilir pada Selasa.

Noor Effandi turut beranggapan bahawa dirinya berdosa kerana bersetuju dengan langkah partinya waktu itu dan mendakwa beliau keliru pada masa tersebut dan selepas 18 bulan kini beliau merasakan ada tanggungjawab untuknya kembali kepada fitrah iaitu amanah terhadap pengundi.

Noor Effandi antara ADUN yang bersama ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Pengkalan Batu, Nurhizam Hassan Baktee yang menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga mengakibatkan Kerajaan Negeri Melaka tumbang.


Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Sertai Langkah Sheraton satu kesilapan yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Bekas ADUN Telok Mas menyesali atas keterlanjurannya menyertai gerombolan pengkhianat ! diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top