Berikut adalah status yang telah diterbitkan di Facebook pada akaun milik mantan Ketua Menteri Melaka iaitu YB Tuan Haji Adly Zahari
KESEMUA USUL DITOLAK
Saya ada mencadangkan 3 usul untuk dibincangkan dalam Persidangan Kedua, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka yang Kelima Belas iaitu:
1. ISU BANGUNAN MILIK KERAJAAN NEGERI YANG TERBIAR
"Memohon Dewan Yang Mulia ini mengambil ketetapan untuk Kerajaan Negeri menubuhkan satu pasukan petugas khas (Task Force) untuk menilai dan meneliti bangunan-bangunan milik Kerajaan Negeri yang terbiar dan merangka pelan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan ianya tidak terus menjadi projek gajah putih."
2. ISU EKONOMI ANAK MUDA DAN GOLONGAN B40
"Memohon Dewan Yang Mulia ini mengambil ketetapan untuk kerajaan negeri merangka pelan pembangunan bakat masa hadapan (Future Talent) yang komprehensif untuk anak muda dan pelan pembangunan ekonomi untuk golongan B40 di Negeri Melaka demi kemakmuran rakyat secara keseluruhannya."
3. ISU SISTEM PENDIDIKAN ISLAM UNTUK ANAK MUDA
"Memohon Dewan Yang Mulia ini mengambil ketetapan untuk Kerajaan Negeri menambahbaik dan memperkasa sistem pendidikan Islam agar dapat melahirkan generasi muda yang dinamik dan progresif."
Malangnya kesemua usul di atas telah DITOLAK oleh Kerajaan Barisan Nasional.
0 Komen:
Catat Ulasan