Hotel-hotel yang dibenarkan untuk menganjurkan bufet Ramadhan di Melaka


Hanya 14 buah hotel di Melaka diiktiraf halal dan dibenarkan menggunakan perkataan ‘Bufet Ramadan’ atau ‘Iftar Ramadan’ bagi mempromosikan pakej berbuka sepanjang bulan ini. 
hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal sama sekali dilarang mempromosikan bufet dengan perkataan yang boleh memperdayakan umat Islam. 

Setakat ini hanya 14 buah hotel di negeri ini yang mempunyai sijil halal dan dibenarkan membuat pengiklanan sama ada risalah bercetak, poster, kain rentang, papan iklan dan di media massa. 

Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal tidak boleh mempromosikan bufet sempena Ramadan dengan menggunakan frasa ‘Bufet Ramadan’, ‘Iftar Ramadan’, ‘Jom Iftar’, ‘Citarasa Ramadan’, ‘Selera Ramadan’, ‘Set Ramadan’ dan ‘Jom Berbuka’. 

“Ini kerana frasa-frasa tersebut membawa maksud makanan yang disediakan oleh premis adalah halal dan boleh dimakan oleh umat Islam untuk berbuka,” katanya pada sidang akhbar selepas menjalankan Operasi Plastik Hitam Bersendawa.

Larangan itu adalah berpandukan kepada Akta Perihal Dagangan (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal). 

14 buah hotel di Melaka yang mempunyai sijil halal adalah :

- Ames Hotel
- Amverton Heritage Resort
- Bayou Lagoon Park Resort
- Bayview Hotel Melaka
- Hatten Hotel,
- Hotel Pantai Puteri
- Hotel Sentral Melaka
- Hotel Sentral Riverview
- IBIS Hotel
- Kings Green Hotel
- LaCrista Hotel Melaka
- Mudzaffar Hotel
- Rosa Hotel
-The Straits Hotel & Suits.


#BuffetRamadan

#SijilHalal

#JAIM

#KPDNHEP

#OpsPlastikHitam

#PontengPuasa

#MelakaHariIni


Kredit :

- Utusan Malaysia

- MYPT3


Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Hotel-hotel yang dibenarkan untuk menganjurkan bufet Ramadhan di Melaka yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Hotel yang telah mempunyai sijil perakuan halal yang sah di Melaka diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top