Melaka kini berada pada tangga pertama dalam negara selepas dinobatkan sebagai ‘Walkable City’ oleh Walk Score, baru-baru ini.
EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kejayaan itu merupakan satu pencapaian baharu Melaka yang tidak putus mempromosikan pelancongan negeri menerusi pensijilan dan piawaian ditetapkan.
Ujarnya, rentetan kejayaan itu pelbagai tarikan akan naik taraf di sepanjang Sungai Melaka sekali gus menyemarakkan semula destinasi terbabit bagi menggamit pelancong ke negeri ini.
“Kita bersyukur setelah Melaka menerima pengiktirafan ini sebagai bandar yang mesra dengan laluan pejalan kaki.
“Ia akan ditambah baik dengan pelbagai tarikan baharu seperti trek joging dan sebagainya yang dijadualkan akan disiapkan Julai depan sudah pasti menjadi tumpuan pelancong yang datang di sepanjang Sungai Melaka,” katanya.
Kredit :
• @melakahariini
• Hmetro
0 Komen:
Catat Ulasan