Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023

 

Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 yang bakal berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam itu menawarkan pelbagai acara menarik antaranya pertunjukan udara daripada pesawat pelbagai negara.

Penganjuran membabitkan beberapa buah negara termasuk Malaysia itu mampu memperkasa subsektor pelancongan udara di Melaka dan berupaya menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung. Ia membuka peluang kepada pelancong dan penduduk negeri Melaka untuk mengenali jenis-jenis pesawat dari seluruh agensi penguatkuasa di negara ini, selain negara luar seperti Australia, Singapura, Thailand, Eropah dan Rusia.

Pelbagai persembahan dan pameran membabitkan 22 pempamer akan terlibat sepanjang karnival yang diadakan selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober.

Malah, karnival ini juga mendapat penyertaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai lagi. 

Harga tiket bagi karnival berkenaan adalah serendah RM5.00 bagi dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak.


#KUAM2023 
#VisitMelaka2024 
#tourismmelaka



Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Pelbagai persembahan dan pameran membabitkan 22 pempamer akan terlibat sepanjang karnival yang diadakan selama tiga hari bermula 29 September 2023. diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top