Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Melaka 2013


Program HARI PENJAJA & PENIAGA KECIL NEGERI MELAKA, anjuran bersama PEJABAT PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN MELAKA dan MAJLIS PERUNDING PENJAJA DAN PENIAGA KECIL NEGERI MELAKA yang akan diadakan pada 13-15 Disember 2013 dari 10.00pagi sehingga 11.00malam. Lokasi bertempat di DATARAN KERIS ALOR GAJAH, MELAKA.

JOM!! Sama-sama kita memeriahkan lagi HARI PENJAJA & PENIAGA KECIL NEGERI MELAKA ini. Jangan lupa untuk membawa ahli keluarga serta rakan-rakan anda.

MENGENAI PROGRAM?

Terdapat pelbagai jualan seperti MAKANAN, MINUMAN, PAKAIAN dan lain-lain. Kesemua peniaga terdiri dari Persatuan Penjaja & Perniaga Kecil Melayu, Cina, India, India Muslim dan PUKEB. Sepanjang program 3 hari tersebut, pelbagai aktiviti & hadiah menarik menanti anda seperti persembahan artis (Hafiz Hamidon, Ali Mamak & Adik Kiki), persembahan JIJI & LALA De’BADUT, Bersama BUZZ & FIMIE (Kidz On 2), persembahaan AHLI SILAP MATA , Bersama Chef Adu Amran (Juri Masterchef) dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai…

# JUMAAT (13 DISEMBER 2013)

Bersama USTAZ jemputan & persembahan ARTIS jemputan iaitu Hafiz Hamidon.

# SABTU (14 DISEMBER 2013)

Pertandingan memasak bersama CHEF ADU AMRAN (Juri Masterchef) dan juga majlis perasmian HARI PENJAJA & PENIAGA KECIL NEGERI MELAKA 2013.

# AHAD (14 DISEMBER 2013)

Bersama ARTIS jemputan seperti Adik Kiki, Fimie, Ali Mamak, Persembahan Ahli Silap Mata, Sketsa dan pertandinagn akhir KARAOKE dan banyak lagi..

ANTARA PERTANDINGAN YANG DIADAKAN ADALAH

✔ PERTANDINGAN NESCAFE/TEH TARIK
✔ PERTANDINGAN MENEBAR ROTI CANAI
✔ PERTANDINGAN MAKAN
✔ PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM/TUDUNG
✔ PERTANDINGAN MEMASAK KEMAS
✔ PERTANDINGAN KARAOKE KANAK-KANAK & SUARA EMAS DEWASA (50 TAHUN KE-ATAS)
✔ PERTANDINGAN MEWARNA/MELUKIS
Dan Pelbagai lagi..
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Melaka 2013 yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Acara bermula dari 13-15 Disember 2013 dari 10pagi sehingga 11malam. bertempat di DATARAN KERIS ALOR GAJAH, MELAKA. diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top