Pasukan bola sepak negeri Melaka kini sedang dalam persediaan rapi untuk membentuk sebuah pasukan mantap dengan misi menjuarai Liga FAM bagi musim 2014 agar menjamin tempat untuk layak ke liga tahap dua di dalam Liga Malaysia iaitu Liga Perdana.
Dengan jurulatih dari Slovakia dan kembalinya beberapa pemain kelahiran Melaka yang "ada nama" di arena bola sepak Malaysia, dijangka akan dapat meladakkan semula semangat perjuangan Melaka dalam kancah bola sepak tanah air.
Untuk itu, satu perlawanan persahabatan akan diadakan dengan menentang pasukan dari Liga Super Perak. Berikut merupakan ketetapan perlawanan berkenaan :
Perlawanan persahabatan Pra-musim 2014
Melaka FA lawan Perak FA
Melaka FA lawan Perak FA
30 November 2013 | 8.45 malam
Stadium Hang Tuah (a.k.a Kubu)
0 Komen:
Catat Ulasan