Jabatan
Perikanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjemput orang
ramai ke Pameran Ikan Hiasan Antarabangsa Malaysia yang bakal
berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh
selama empat hari bermula dari 21 hingga 24 November 2013.
Jabatan itu dalam
kenyataannya menyebut pameran bertemakan "Malaysia Mewarnai Kehidupan
Dunia Aqua" diisi dengan pelbagai
aktiviti menarik yang tidak harus dilepaskan. Selain pameran pelbagai spesis ikan hiasan, pelbagai aktiviti turut
diisi di sepanjang program itu, antara yang menarik seperti Pertandingan
Ikan Antarabangsa, Seminar Perdagangan dan Teknikal, Demonstrasi
Permulaan Akuarium serta jualan. Kanak-kanak juga berpeluang melakukan aktiviti menangguk ikan dan menyertai pertandingan mewarna. Pelbagai hadiah cabutan bertuah turut disediakan untuk pengunjung semasa pameran berlangsung.
Ia membabitkan penyertaan lebih 130 syarikat tempatan dan asing, selain
80 peratus ruangan dikhaskan untuk penternak ikan hiasan tempatan.
Bayaran masuk dikenakan juga berpatutan iaitu RM3 untuk orang dewasa
manakala bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di
bawah usia 12 tahun adalah percuma.
Antara acara yang mencuri tumpuan termasuk pelancaran teknologi
pengesanan DNA atau ‘DNA Marker’ untuk mengenal pasti jenis dan kualiti
ikan arowana, teknologi yang pertama kali digunakan di dunia.
Klik gambar untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pembelian panduan berikut :
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli
Panduan Asas Penternakan Ikan Tilapia
Harini nak bawak family tengok pameran ikan hiasa di MITC.. Bestnye :)
BalasPadam