Bintang Melaka FM 2013 - Peringkat Akhir


Bintang Melaka FM 2013 peringkat akhir akan diadakan pada ketetapan berikut :

TARIKH  : 14 DISEMBER 2013 (SABTU)
LOKASI  :  KOMPLEKS PENJARA SUNGAI UDANG
MASA    :  8.30 MALAM

KEMASKINI

Lagu baru "Izinkanku Mencintaimu" ciptaan Iswandy Atan membolehkan Syaima Salleh dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Akhir Bintang Melaka FM 2013.

Pertandingan yang berlangsung di padang Kompleks Penjara Sungai Udang itu juga menyaksikan lagu berkenaan dinobatkan sebagai Lagu Terbaik.

Syaima turut menyanyikan lagu "Destinasi Cinta" nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza dan membawa pulang hadiah berupa sebuah motorsikal, wang tunai 3000 ringgit, piala pusingan dan hamper.

Hadiah disampaikan Ahli Dewan Udangan Negeri Kawasan Paya Rumput, Sazali Md Din.

Tempat kedua dimenangi Zalina Kassim dengan membawa pulang wang tunai 2 ribu ringgit beserta trofi dan hemper. 

Manakala Yasser Fikri Abu pula mendapat tempat ketiga dan mendapat wang tunai seribu ringgit, trofi serta hamper. 

Bagi persembahan terbaik dimenangi Khairul Idham Jamaludin dengan membawa pulang wang tunai 500 ringgit dan trofi. Untuk makluman, beliau adalah naib juara dan memenangi persembahan terbaik pada  pertandingan Bintang Melaka FM 2012.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Dr. Nawiyah Che Lah serta Pengarah Jabatan Penyiaran Melaka, Keliwon Pajhar. Pertandingan berkenaan bertujuan mencungkil bakat baru di kalangan pendengar Radio Malaysia Melaka Fm.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Bintang Melaka FM 2013 - Peringkat Akhir yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Pertandingan Bintang Melaka FM 2013 peringkat akhir di Sungai Udang Melaka diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top